Dapur

Resepi Pancake Gebu Viral Macam Di McDonald’s, Memang Jadi!

2.7K
SHARES

“Bosan la nak makan nasi lemak hari-hari. Rasa macam nak makan pancake pula, pergi beli di Mcd lah…”

Pancake merupakan antara juadah sarapan yang menjadi kegemaran orang Barat. Mana tidaknya kalau kita tengok sahaja dalam filem, pasti akan terliur dengan pancake yang kelihatan gebu dan dimakan bersama mentega dan caramalized sugar. Kalau di Malaysia, antara pancake yang menjadi kegilaan ramai sudah semestinya yang dijual di sarapan pagi McDonalds. Tapi, mesti selalu rasa tak cukup dengan dua keping pancake sahaja kan?

Jadi, inilah masanya untuk anda buat sendiri pancake gebu sebegini dan dimakan di rumah! Selamat mencuba!

MACAM MANA NAK BUAT PANCAKE MACAM DI MCDONALDS?

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji telur

1/2 sudu makan baking powder

1 sudu makan gula kastor

1/2 sudu makan minyak

3/4 cawan tepung gandum

1/2 cawan fresh milk

Campurkan semua bahan dan kacau sampai adunan tak berketul.

1.Panaskan kuali non stick. Kalau tak ada, sapu butter dan lap guna kitchen towel.

2. Guna senduk dan tuangkan atas kuali.

3.Bila permukaan dah ada gelembung-gelembung udara boleh balikkan dia.

Dah siap! Boleh makan bersama madu dan butter. Ikut kepada selera anda nak guna tambahan perasa yang mana ye.

Sumber: Amalina Mg

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×