Dapur

Resepi Nasi Ayam Thai Viral, Kecur Liur Dibuatnya!

4.1K
SHARES

Sejak tempoh lockdown, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang dah bosan dengan menu makanan sama di rumah. Asyik makan benda yang sama dan diulang-ulang sahaja kerana perlu hadkan pergerakan keluar. Jangan risau, buat anda yang sudah tidak tahu nak masak juadah apa lagi, anda boleh cuba menu nasi ayam thai yang senang! Tak terlampau banyak bahan, menu nasi ayam thai ini pasti akan buat anda tambah berpinggan-pinggan!

BAHAN-BAHAN NASI AYAM

-2 inci halia dihiris

-Akar ketumbar

-Bawang besar selabu dihiris

-Kiub ayam seketul

1.Masuk air dalam periuk, masuk empat ketul ayam, masuk garam sikit lebih kurang 1 sdt, lepastu masuk bahan yang kita prepare awal tadi. Biarkan mendidih. Kejap je didihkan, tak payah tunggu ayam masak sebab nanti nak masukkan dalam rice cooker lagi kan.

2.Dua cawan beras basuh bersih dan toskan air.

3.Lepas ayam tadi dah mendidih, ambil 3 cawan air rebusan tu masukkan dalam rice cooker berisi beras tadi. Lepastu susun ayam kat atas macamni. Masak nasi macam biasa. Simpan sikit air rebusan tu untuk buat sup nanti.

4.Ni nasi yang dah siap masak.

SOS CILI

1.Okay jom prepare sos pulak.

-4 ulas bawang putih ditumbuk halus

-3 biji cili padi ditumbuk halus (takde dalam gambar) kalau taknak pedas satu biji je dah cukup

-3 biji cili padi dipotong

-Daun ketumbar hiris halus

2.Masuk 2sdm sos cili thai. I pakai brand life.

3.1 sdt kicap manis. Memang sikit je tau. Kalau banyak kang tak cantik sos kita nampak gelap.

4.2 senduk air rebusan ayam tadi.

5.Jus limau kasturi, 2 biji. Garam sikit, dalam secubit. Gula tak perlu letak sebab sos thai tu memang dah manis.

6.Last tabur sesame seed. Ni nak cantik je. Tak letak pun takpe. Okay, siap! Sos ni cair cair gitu & rasa dia pedas, masam, masin, manis semua seimbang. Lebihkan pedas lagi best.

SUP NASI AYAM

1.Ni pulak untuk buat sup. Lebihan air rebusan ayam tadi letak sikit serbuk lada hitam

2.Garam sikit. Biarkan mendidih kejap. Siap sudah. Tabur daun sup sikit. Dah boleh makan dengan nasik.

Siap! Terliur betul dibuatnya.

Sumber: Khas Fena

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×