Dapur

Roti Gardenia Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Beef Lasagna Paling Mudah!

3
SHARES

Lasagna merupakan antara juadah Itali yang mendapat permintaan di negara kita. Bila beli sahaja piza di luar, pasti kita akan turut memesan menu lasagna untuk dimakan bersama piza. Tetapi, bukan semua orang pandai buat lasagna macam apa yang boleh didapati di negara asal makanan ini bukan?

Jadi, ada cara yang lebih mudah sebenarnya untuk buat lasagna hanya dengan menggunakan roti Gardenia. Mudah dan ‘simple’, kalau ada roti Gardenia di rumah terutama sekali hampir tamat tarikh luput, boleh diubahsuai menjadi menu lasagna yang akan digemari anak-anak.

RESEPI LASAGNA ROTI GARDENIA BASIC

Disebabkan roti dah nak expired, jadi kita try test buat lasagna roti la ye. Ini je bahan-bahan yang ada malam tadi. Maka jadilah LASAGNA ROTI GARDENIA SIMPLE cara saya. Kalau nak cuba boleh try resepi kat bawah ni. Resepi lasagna roti paling simple cara saya (versi takde sayur-sayuran).

Bahan-bahan :

– 6 keping roti nk expired

– 2 biji telur

– 150ml susu segar

– 4 keping keju

– 3 sudu besar sos lada hitam

– 3 sudu besar sos tomato

– 200g daging cincang

– 2 ulas bawang putih – dicincang

– 1 biji bawang besar – dicincang

– 1 cubit garam dan gula

– parutan keju

Cara-cara buat inti

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan butter/marjerin sampai naik bau

2. Masukkan daging cincang. Tumis smpi masak/kering air

3. Tambah sos tomata dan sos lada hitam

4. Perasakan garam dan gula kalau perlu

Cara melapis :

1. Sapu keseluruhan bekas dengan mentega. Saya guna bekas kecik jer…

2. Pukul susu dan telur sehingga sebati.

3. Celup roti dalam bancuhan tadi dan susun dalam bekas hingga penuh bahagian bawah bekas.

4. Tuang separuh inti tadi atas roti dan ratakan.

5. Susun kepingan keju atas daging.

6. Ulang dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.

7. Akhir sekali taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.

*** Lapisan atas sekali mesti daging dan parutan keju.

*** Boleh letak sosej/pepperoni sebagai hiasan.

8. Jika ada lebihan bancuhan tadi siramkan dalam bekas tu.

9. Bakar guna AF pada suhu 160 darjah celsius 20 minit.

Siap!

Sumber: Masriza Basri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×