Dapur

Cara Buat Kebab Ekonomi Guna Daging Burger. Lazat & Mudah!

566
SHARES
resepi kebab daging

Kadang-kadang rasa teringin nak makan kebab daging yang macam di pasar malam. Tapi, bukan hari-hari kita ada masa nak singgah dan beratur untuk membeli kebab. Jadi, apa kata cuba buat sendiri menggunakan resepi kebab daging ekonomi ini.

Menurut Cik Azian Rosli, iaitu pemilik asal resipi ini, inilah resepi kebab daging hasil pendapatan harian beliau. Bahan-bahan yang digunakan memang mudah didapati, tetapi hasilnya sangat sedap. Kalau tak percaya, mari ikuti cara membuatnya di bawah.

Resepi Kebab Ekonomi Menggunakan Daging Burger

Berikut adalah resepi kebab daging ekonomi khas untuk mereka yang sukakan masakan mudah dan ringkas. Tak payah susah-susah, guna daging burger saja.

Bahan-bahan

  • 10bji roti sosej

cara-buat-kebab

  • 9 keping daging burger Ramly dicincang

daging-burger

  • 2 bji bawang besar (dipotong dadu)

cara-buat-kebab-2

  • 1 bji timun (sagat panjang macam dalam gambar)

cara-buat-kebab-3

  • 2 biji tomato (dipotong dadu)

cara-buat-kebab-4

Cara Membuat

Berikut adalah cara membuatnya langkah demi langkah.

1. Masakkan Daging & Bawang

Selepas menyediakan bahan, mulakan dengan memasak daging burger yang telah dicincang. Pastikan daging betul-betul masak, kemudian baru letak semua bawang besar yang telah dipotong dadu tadi.

resepi kebab

3. Bubuh Sos Cili

Selepas itu, masukkan cili sos pilihan anda secukup rasa. Dalam resepi kebab daging ini, Cik Azian menggunakan sos cili DOON, sedap katanya. Kalau suka pedas, boleh bubuh banyak.

cara-buat-kebab-6

4. Tambahkan Timun & Tomato

Kemudian, masukkan timun dan gaul hingga sebati dengan sos dan bawang – macam dalam gambar di bawah. Lepas dah nampak sebati, boleh tutupkan api.

resepi kebab

5. Sediakan Roti

Roti sosej tadi potongkan sedikit di tengah dan sapukan planta. Bakar roti sekejap saja supaya roti lebih lembut dan sedap.

cara-buat-kebab-8

6.Isikan Inti

Kemudian, masukkan inti kebab daging ke dalam roti sosej.

cara-buat-kebab-10

7. Siap Dihidang

Letakkan sedikit mayonis di bawah dan atas intinya. Ikut citarasa anda ya.

Itu saja langkahnya. Kalau buat berniaga, boleh bungkuskan. Kalau makan di rumah, boleh terus hidangkan.

cara-buat-kebab-9

Selamat Mencuba!

Nampak menyelerakan, bukan? Tak sangka cara membuat kebab daging ini mudah sangat. Nak buat berniaga pun boleh.

Ini adalah cara paling asas dan ekonomi. Jadi, kalau nak tambah apa-apa bahan lain, terpulanglah. Kalau suka kebab ayam, boleh gunakan burger ayam dan sebagainya. Nak tukarkan roti kepada roti pita pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Sekali-sekala, bolehlah buat untuk anak-anak di rumah. Mesti semua suka!

 

*Perkongsian asal resepi kebab daging ekonomi ini adalah oleh Cik Azian Rosli menerusi Group Masak Apa Hari Ni… (MAHN). Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×