Dapur

Resepi Daging Masak Merah Viral ‘Sebijik’ Rasa Macam Di Kedai Thailand, Mantap!

909
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran Thai, antara menu yang menjadi pilihan dalah daging masak merah. Pernah juga cuba juadah ini di rumah tetapi tak pernah menjadi. Jadi, perkongsian resepi di laman Facebook yang mendapat lebih dua ribu perkongsian ini menjadi viral kerana ramai yang terliur dengan hasil masak daging masak merah. Tengoklah, macam yang dimasak di restoran!

DAGING MASAK MERAH CEK MEK MOLEK

Jadi dihari-hari hujan ni kita makan simple-simple je lah…lagipun tengah diet. Cukup nasi suku, lauk sepinggan. Haha..
Adakala simple tu best. Nasi putih, 1 lauk dan telur dadar pun dah ok…

Eh jomlah kita melepaskan rindu pada kuali dan sudip kanda….

1. Bahan utama dia haruslah daging. Daging yang saya guna adalah bahagian topside. Daging direbus selama sejam bersama dengan sos labu untuk memberi sedikit warna merah. Lepas direbus, biarkan kering sedikit sebelum digoreng biar sekeliling daging ini garing. Ini bertujuan untuk memudahkan kita hiris nipis-nipis nanti. Jiwa kacau kalau kena daging liat.

2. Ni bahan-bahan  tambahan. Rasanya semua kenal dah kan…yang kiri bawah tu adalah bell pepper / capsicum / lada benggala. Takde tu pun takpe…kanda suka rasa dia tu yang letak.

3. Goreng dulu daging yang telah direbus tadi sehingga sekeliling dia garing.

4. Rehatkan dia sekejap…sementara nak tuggu dia sejuk, pergilah zumba dulu ke, hantar anak sekolah ke, meeting dulu ke.

 

5. Bila dah sejuk, mudahlah untuk kita hiris nipis-nipis.

6. Tumis bawang putih dan cili padi. Tumis sekejap je ye.

7. Lepas tu masukkan sedikit cili kisar. Ada orang masukkan lepas masukkan daging. Tapi kanda tak suka rasa cili mentah…tumis bagi garing sikit je.

8. Masukkan 2sb sos tomato

9. Masukkan 2-3sb sos cili

10. 1sb sos tiram

11. Masukkan daging…bila kita masukkan daging didalam keadaan kuah berair ni, ia akan membantu melembutkan lagi daging ni. Ini semua fizik.

12. Masukkan 1sb nampla

13. 1sb sos labu untuk memerahkan kuah kita ya. Sos labu ni lah yang kanda guna untuk rebus daging. Sebagai agen pewarna merah. Nampak je color dia pink, tapi bila dimasukkan ke dalam masakan, dia akan jadi merah mak ngah. Bukan mak kau hijau haha…

14. Masukkan semua bahan hirisan iaitu cili merah, capsicum, bawang holland dan daun limau purit.

15. Dah siappp…jangan lama sangat nanti bawang tu layu, tak zedap. Kita nak dia rangup-rangup sikit.

16. Helokzzz alhamdulillah. Daging merah ni sedap kuah pekat2 biar tak cukup dan orang teringat. Haha…benda sedap semua tak cukup ye dak?

Sumber: Wan Luqman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×