Dapur

Resepi Step-by-Step Chilled Mango Cheesecake Setaraf Kedai Kek, Gebu!

947
SHARES

Sebut sahaja kek, pasti ramai dalam kalangan kita yang membayangkan pelbagai jenis kek dengan hiasan yang menarik sehingga menjadikan sesiapa sahaja terliur. Bukan sahaja kek coklat yang menjadi kegilaan ramai malah pilihan jenis cheesecake juga menjadi kesukaan. Salah satu cheesecake yang sangat sedap dimakan adalah mango cheesecake.

Nak beli, macam mahal atau susah nak jumpa orang open order juga kan? Jadi, sempena ramai yang masih bekerja dari rumah, boleh lah smabil-sambil cuba buat mango cheesecake ini di rumah. Makan sejuk-sejuk sedap!

RESEPI CHILLED MANGO CHEESECAKE

BAHAN BASE

-200gm biskut marie @ apa2 biskut digemari

-100gm butter/separuh buku butter

BAHAN FILLING CHEESE

250gm cream cheese

60gm gula kastor

2 biji buah mangga ( 1 biji didadu & 1 biji diblend jadikan puri)

200ml whipping cream

11/2 sudu besar gelatin

125ml air suam

BAHAN TOPPING

Puri mangga

50ml air suam

1 sudu besar gelatin

2 sudu besar gula kastor

Ps. Untuk mendapatkan filling cheese yang tebal seperti di dalam gambar, gandakan cream cheese & gula serta 21/2 sudu besar gelatin. Bahan lain tetap sama.

1.Mula-mula sediakan puri mangga.

2.Blend sebiji mangga dengan sedikit air. Kalau mangga kecik sila bubuh 2 biji.

3.Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 untuk filling cheese & 1 lagi untuk topping.

4.Kisar biskut marie hingga hancur. Ikut suka nak buat cara mana yer. Janji biskut hancur.

5.Panaskan separuh butter.

6.Lalu dicurahkan ke dalam biskut.

7.Kisar sampai sebati.

8.Sediakan loose pan. Untuk cream cheese 250gm guna loyang 7 inci manakala cream cheese 500gm gunakan loyang 8 inci.
Penggunaan loose pan ini untuk memudahkan kita mengeluarkan cheesecake tersebut. Tuang adunan base ke dalam loyang.

9.Ratakan dan padatkan base tersebut.Adunan yang telah dipadatkan kemudian disejukkan di dalam peti air selama 30 minit. Nak masukkan bahagian chiller @ freezer pon boleh.

10.Sementara menunggu base kita mengeras, pukul cream cheese & gula hingga sebati. Nak guna mixer @ blender pon boleh.

11.Air suam dan gelatin disatukan. Kemudian double boil.

12.Bila cream cheese dan gula dah sebati masukkan 1 bahagian puri mangga. Kisar lagi biar sebati.

13.Kemudian masukkan whipping cream. Kisar lagi.Ada resipi menggunakan non dairy whipping cream. Tapi hendaklah dipukul di dalam bekas lain baru dicampur ke dalam cream cheese. Terpulang citarasa masing-masing.

14.Kemudian masukkan gelatin yang telah dicairkan. Kisar hingga betul-betul sebati.

15.Buah mangga yang didadu di susun ke atas base biskut. Pastikan base dah betul-betul sejuk yer.

16.Tuang adunan cheese.

17.Hentak-hentakkan bagi rata. Kemudian sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam.

18.Bila cream cheese dah mengeras kita buat topping pula.Satukan air suam & gelatin. Double boil sehingga gelatin hancur.

19.1 bahagian puti mangga dicampur dengan gula. Kacau rata sehingga gula hancur.

20. Masukkan gelatin yang telah cair. Kacau lagi biar sebati.

21.Tuang puri mangga ke atas cream cheese. Ingat yer cream cheese kena betul-betul keras baru buat step topping.

22.Ratakan topping & sejukkan lagi sehingga betul-betul sejuk.

23.Taraaaaa.. Mango cheesecake dah siap.

*Jom cuba!

Sumber: Rosni Musa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×