Dapur

Semudah ABC, Ini Resipi Ayam Panggang Paling ‘Simple’ Ala-Ala Di Bazar Anda Kena Cuba!

938
SHARES

“Buka puasa esok rasa macam nak buat ayam panggang la, tapi ada ke resipi yang simple?”

Ayam panggang merupakan antara juadah yang popular dan ‘laku keras’ apabila dijual di bazar Ramadan. Enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimakan bersama nasi putih, menu ini pastinya akan menjadi kegemaran seisi keluarga tidak kira ketika berbuka, moreh atau sahur. Tetapi, harga bagi seekor ayam panggang yang dijual di bazar juga boleh mencapai harga yang tinggi bukan?

Jadi, salah satu cara untuk anda berjimat di bulan mulia ini adalah dengan masak sendiri di rumah! Berdasarkan perkongsian resepi ayam panggang oleh wanita ini, ternyata bahan-bahan yang digunakan adalah sangat mudah sekali. Jadi, anda dah boleh buat ayam panggang macam Kenny Rogers ini di rumah untuk berbuka.

RESEPI AYAM PANGGANG PALING MUDAH!

1. Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar, kisar halus

-bawang merah

-bawang holland

-lada hitam

-kiub pati ayam

-halia

-bawang putih

2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dengan garam. Seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi

3. Letakkan sesudu kicap

4. Gaul sekata… saya perap 1 malam .. simpan dalam peti

5. Selepas perap semalaman, amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit

6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sgt!

7. Ini idea sebelum bulan puasa untuk bekal ke kerja, untuk bulan puasa boleh hidangkan untuk seisi keluarga ya!

Sumber : Sitijua Jua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×