Sebelum ini pernah viral dengan resepi aiskrim magnum homemade dimana ramai orang telah mencuba dan menyukainya. Bukan sahaja mempunyai rasa yang sama dengan aiskrim asal, magnum homemade ini juga boleh dipelbagaikan kandungannya. Mempunyai rasa yang enak lemak berkrim, dari aspek kesihatan juga perlu dititikberatkan. Oleh itu, terdapat satu lagi resepi aiskrim magnum yang menggunakan buah avocado sebagai juara utama.
Sudah semestinya buah avocado mempunyai kandungan khasiat yang tinggi khususnya buat anak-anak yang sedang membesar. Mudah sahaja nak siapakan aiskrim ini di rumah.
BAHAN UTAMA YANG ANDA PERLUKAN
1. Avocado
2. Susu Low Fat
3. Chocolate
Ni ovaltine. Sachet tu stevia. Kami buat tak manis sangat. Manis-manis buah gituuuu.
Campur semua kecuali dark coklat. Blend hancur-hancurnya. Sampai jadi pekat likat memikat.
1 plastik kami boh 2 bar. Hampa nak full cover. Hampa leh boh bnyk lagi. Kami kn nk hbs kn bhn je. Banyk tu je coklat yang kami letak.
Rendam dalam air panas, bila dah cair ratakan coklat macam ni.
Dah siap!
Sumber : Meeza Anje Tomok