Famili

Remaja 13 Tahun Dicakar Kucing Terbiar Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini

dijangkiti rabies

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menjadi mangsa terbaharu dijangkiti rabies atau wabak anjing gila selepas dicakar seekor kucing terbiar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, mangsa dari Kampung Segedup, Batu Kawa, Sarawak adalah kes pertama yang dikesan tahun ini.

Baca juga: Fenomena Beg Tangan Harga Marhaen Aliff Syukri Tarik 80 Ribu Orang Di ‘Live’, Terjual 25 Saat!

REMAJA DIJANGKITI RABIES

dijangkiti rabies

Gambar hiasan: Wirestock

Menurutnya, mangsa dikesan mengalami gejala demam, hilang selera, muntah, halusinasi, meracau, sukar berjalan dan sukar minum air pada 21 Mei lalu.

Katanya, remaja itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan ujian klinikal mengesahkan jangkitan rabies.

“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah dicakar kucing terbiar, namun tidak mendapatkan rawatan.

“Dia kini dalam rawatan lanjut, tetapi berdasarkan kebanyakan kes yang berlaku sebelum ini, apabila sampai tahap ini (ada simptom) memang sudah agak kritikal,” katanya.

Baca juga: Badal Haji Bukan ‘Bedal Haji’, Jangan Buat Main Dengan Amanah Orang Mati, Awas Penipuan Ini!

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Rabies in Borneo, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sarawak, Datuk Dr Adrian Susin Ambud dan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Datuk Dr Chai Khin Chung.

Menurutnya, operasi dijalankan pihak berkuasa untuk menangkap anjing dan kucing liar di kawasan terbabit sebaik remaja itu disahkan positif rabies.

Katanya, sebanyak 21 sampel kucing diambil pada tahun ini dengan dua daripadanya didapati positif rabies.

Baca juga: Lebih 65 Peratus Pemegang Ijazah Terima Gaji Cukup-Cukup Makan, Nak Menyimpan & Melabur Pun Tak Lepas!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×