Euforia Bola 2026
Sihat

Makan Cendol Ternyata Boleh Rawat Ulser Perut, Tapi Kena Guna Bahan INI Baru Menjadi!

150
SHARES
ulser perut

Siapa sangka, ulser perut ternyata boleh dirawat dengan cendol seperti perkongsian Dr Suri Roowi di bawah ini. Walaupun lebih dikenali sebagai pencuci mulut yang menyegarkan, rupa-rupanya salah satu bahan utama di dalamnya mempunyai manfaat untuk membantu merawat ulser perut.

Baca juga: Jenis Gigitan Kulit Yang Berpunca Dari 8 Jenis Serangga, STOP Asyik Salahkan Nyamuk Saja!

RUPANYA CENDOL BOLEH BANTU RAWAT ULSER PERUT, BARU TAHU

ulser perut

Freepik

Menurutnya, santan kelapa dikatakan mampu mengurangkan saiz ulser perut sehingga 54%, hampir menyamai keberkesanan ubat sucralfate yang digunakan secara klinikal.

Santan ini mengandungi sebatian semula jadi di mana ia berfungsi untuk melindungi lapisan perut daripada kerosakan asid dan mampu cepatkan penyembuhan luka ulser.

“Cendol yang dibuat menggunakan santan kelapa bukannya krimer mungkin boleh bantu atasi ulser. Hal ini kerana kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Phytotheraphy Research mendapati santan kelapa juga berkesan untuk bantu masalah ulser perut. 

“Kajian mendapati pengambilan santan kelapa boleh kurangkan saiz ulser perut sehingga 54%. Ubat antiulser sucralfate pula boleh kurangkan saiz ulser perut sehingga 56%,” jelasnya.

Namun, perlu diingatkan bahawa santan kelapa sebaiknya diambil dalam jumlah sederhana bagi mengelakkan kenaikan kolesterol darah.

Selain itu, elakkan penggunaan krimer manis dalam cendol kerana bukan sahaja tidak memberi manfaat malah boleh memudaratkan kesihatan.

Anda juga perlu kurangkan gula dalam cendol untuk menjadikannya lebih sesuai untuk pesakit ulser atau mereka yang mempunyai masalah gastrik dan refluks asid.

“Setakat ini, belum ada lagi info tentang penggunaan santan sawit dan kesannya terhadap ulser perut. Sementara itu, kajian oleh Saintis di Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan, Abia State University, mendapati air kelapa boleh kurangkan saiz ulser perut sehingga 39% tetapi lebih rendah berbanding dengan santan dan ubat antiulser sucralfate.

“Air kelapa tanpa gula juga boleh menjadi satu pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai asid refluk dan gerd. Ini kerana air kelapa kaya potassium. Bahan ini menggalakkan keseimbangan pH dalam badan dan seterusnya mengawal asid refluks, tulisnya di Facebook.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu Kongsi Petua Rawat Penyakit HFMD Guna Daun INI, Luka Pun Cepat Kering!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×