Didik

Rangsang Kreativiti Si Manja Dengan DIY Anyaman Kertas, Bajet Hanya RM 3 Saja!

105
SHARES

Disamping aktiviti menggunakan flashcard, sebenarnya ada lagi aktiviti yang menarik yang boleh dicuba oleh ibubapa untuk merangsang minda si manja. Salah satunya adalah aktiviti menganyam. Jangan terkejut pula, aktiviti menganyam ini bukan sahaja untuk orang dewasa, malah anak-anak yang masih kecil pun boleh buat tau! Jom kita tengok barang-barang apakah yang diperlukan.

DIY PROJEK ANYAMAN BERSAMA ANAK!

Walaupun zaty jual dan guna educational toy untuk fayyadh, tapi tak semuanya zaty ambik buat stok untuk modul terapi fayyadh. Bayangkan ya. Educational toys untuk anak usia 18 bulan dan ke atas ada lebih dari 50 jenis. Walaupun zaty jual, tapi rasanya tak mampu jugak nak simpan semuanya untuk fayyadh. Makan modal beratus jugak tu kan.

So sebagai alternatifnya, ada aktiviti dalam modul terapi fayyadh yang zaty guna educational toys. Dan ada juga yang zaty D.I.Y je. Zaty pelbagaikan aktiviti untuk dia supaya tak bosan.

Yang penting target yang dah kita plan untuk anak tercapai. So, yang ni aktiviti anyaman kertas. Total RM zaty spend beli kertas keras dengan tali kasut tu pun baru RM3 je.

Bahan yang diperlukan

1) Kertas keras (cari kat Popular)
2) Pembaris
3) Pensel
4) Gunting
5) Penebuk lubang
6) Tali kasut (cari kat mr diy)

www.facebook.com/ezzatyhusni

CARA-CARA

1. Okay potong dulu kertas keras ikut saiz yang kita nak. Pastu lukis garisan pada hujung kertas tu.

www.facebook.com/ezzatyhusni

2. Ukur dan lukis garisan dot-dot. Ni untuk senang kita tebuk lubang nanti.

www.facebook.com/ezzatyhusni

3. Punch atau tebuk lubang ikut jarak yang sesuai

www.facebook.com/ezzatyhusni

JOM MENGANYAM!

www.facebook.com/ezzatyhusni

Apa yang bagus bila kita masukkan aktiviti anyaman ni untuk anak

1) Latih kemahiran motor halus. Anak guna jari nak masukkan tali kasut ke dalam lubang. Ni cara kita nak improve kekuatan otot pada jari sebagai persediaan nak pegang pensel dengan betul.

2) Tingkatkan daya fokus. Nanti gambar ke2 terakhir tu kalian tengok macam mana fokusnya muka fayyadh buat aktiviti anyaman ni.

3) Latih koordinasi mata dan tangan. Mata mengarahkan tangan untuk masukkan tali ke dalam lubang yang betul. Ni pun penting sebagai persediaan anak untuk menulis

*Banyak juga kelebihan aktiviti menganyam untuk si manja ni kan? Jom kita cuba untuk isi masa lapang mereka!

Sumber : Ezzaty Suffian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×