Rumah

Awas! Elak Beli Racun Semut Ini Kerana Boleh Menyebabkan Sawan

47
SHARES

Kalau ada semut di rumah memang pening kepala dibuatnya. Baru sahaja letak air, habis dikerumuninya. Bukan sahaja di kawasan terbuka malah di kawasan tertutup juga penuh dengan semut. Adui!

Bagi mengelakkan semut berleluasa pasti pelbagai cara, ubat dan juga racun dicuba namun, pastikan anda tidak menggunakan racun semut jenis Shang Jia Ant Clean kerana bahaya untuk tubuh badan dan juga persekitaran.

Baca juga: Makin Dibunuh, Makin Banyak Semut. Rupanya Inilah Punca Sebenar…

AWAS! ELAK BELI RACUN SEMUT INI KERANA BOLEH SAWAN

Menurut Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, racun semut itu mengandungi bahan beracun yang mampu bertahan sangat lama dalam tubuh manusia.

Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.

Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.

Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.

Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×