Sihat

Petua Hilangkan Gastrik Angin Dengan Tepung Kanji & Madu Ikut Cara Orang Kampung!

492
SHARES
Petua hilangkan gastrik angin

TEPUNG KANJI & MADU PENAWAR TRADISIONAL SENDAWA (GASTRIK ANGIN)

Ramai antara kita pernah alami gastrik angin kan?

Tak selesa perut, terasa kembung, dan asyik nak sendawa.

Orang dulu-dulu ada amalkan pelbagai petua untuk atasi gastrik angin ini, biasanya gunakan bahan di rumah saja.

Jom kita cuba petua mudah yang dikongsikan oleh Andy Syamsuddin.

Petua Hilangkan Gastrik Angin

3 minggu lalu, saya perasan sendawa yang saya alami agak berlebihan.

Kerap dan perut rasa banyak angin dan berbunyi seperti orang lapar.

Seperti orang kena gastrik.

Kemudian saya rasa dada yang tidak selesa sampai berasa senak.

Sampai terfikir kemungkinan ada masalah gerd atau jantung.

Risau oo..

(saya teringat sebelum ini saya pernah makan durian dan nangka)

Mungkin ini juga puncanya.

Saya Google puncanya dan minta advice seorang sepupu yang kebetulan seorang ahli farmasi.

Dia kata kemungkinan gastrik, dan dia sarankan ambil ubat gastrik atau jumpa doktor.

Cara Atasi Gastrik Guna Petua Kampung

Sebelum tu, katanya cuba minum air tepung kanji dan campuran madu ini. (sebagai perasa).

Wife carilah di mini market.

Saya ambil dan minum seperti yang dia sarankan.

Alhamdulillah, setelah beberapa hari dan hingga kini sendawa sudah hilang dan perut pun sudah okay.

Berkesan pada saya.

So, pagi ini saya mahu kongsikan dengan anda tips dan cara ambil TEPUNG KANJI & MADU ini.

Petua hilangkan gastrik angin

Caranya:

1. Sediakan setengah gelas air suam (150ml). Boleh gunakan air mineral atau air masak.

2. Ambil 2 sudu makan tepung kanji

3. Titiskan madu ke dalam gelas (sesuai rasanya)

4. Kacau hingga sebati

5.Minum dengan perlahan
(disarankan baca shalawat nabi)

Ulang selalu 1-2 kali sehari sehingga perut berasa normal.

Seeloknya diambil waktu pagi sewaktu perut kosong dan belum bersarapan

Just cara orang kampung, tak salah mencuba kan?

Semoga bermanfaat.

*Sumber: Andy Syamsuddin

Baca juga: 10 Khasiat Bendi Yang Layak Digelar Superfood. Bagus Amalkan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×