Hospital

Pengalaman Bersalin Di SJMC, Subang Jaya Medical Centre (Dulu SDMC)

2.8K
reads
Pengalaman Bersalin di SJMC

Jenis Hospital: Swasta

Alamat: 
Subang Jaya Medical Centre
1 Jalan SS12/1A
47500 Subang Jaya, Selangor

Nombor telefon: 603-5639 1212

Laman web: www.ramsaysimedarby.asia

Email: www.ramsaysimedarby.asia/eng/layout/set/overlay/company-info/contact-us/enquiries-feedback

Lokasi: 

[flexiblemap address=”Subang Jaya Medical Centre” title=”Subang Jaya Medical Centre”]

[infobox title=’ Tentang SJMC’]

Ramsay Sime Darby Healthcare

Dulu dipanggil Subang Jaya Medical Centre (SJMC), kemudian bertukar kepada Sime Darby Medical Centre (SDMC). Namun selepas pengambilalihan oleh Ramsay Sime Darby Healthcare, kini dipanggil Subang Jaya Medical Centre (SJMC) semula.

Hospital ini dilengkapi dengan 393 katil, 93 klinik dan 14 bilik bedah yang boleh merawat sehingga 1,800 pesakit luar dan 300 pesakit dalam sehari, SJMC yang telah memenangi pelbagai anugerah telah melakar sejarah perubatan di Malaysia dengan mencapai banyak kejayaan sejak dua dekad yang lalu melalui kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan. Sebagai hospital induk Ramsay Sime Darby Health Care, sebahagian besar daripada 160 pakar perubatan SJMC telah dilatih di UK, Australia atau Amerika Syarikat dan mereka adalah pemimpin rujukan utama dalam bidang masing-masing di rantau ini. Kesemua kakitangan perubatan dan kesihatan bersekutu adalah mahir berbahasa Inggeris.

Anda tahu anda berada dalam keadaan yang selamat di sebuah hospital yang menawarkan semua kepakaran utama dan pelbagai perkhidmatan khusus tambahan yang menggunakan teknologi dan teknik canggih perubatan. SJMC mempunyai beberapa sistem yang paling canggih di dunia perubatan untuk diagnostik dan terapi yang termasuk pemgimbas PET/CT 64 hirisan, pengimbas MR 3.0 Tesla, sistem Brakiterapi Kadar Dos Tinggi 3D, pengimbas CT Dwi Sumber dan Sistem Hi-Art TomoTerapi.[/infobox]

 

1. Kos / Harga Bilik

Berdasarkan email kami pada pihak SJMC, berikut ialah kos dan harga bilik untuk satu malam:

  • Executive Private Room (Single Bed): RM388
  • Single Bed Room: RM230
  • 2-Bed Room: RM150
  • 4-Bed Room: RM95
  • Suite: RM650
  • Golden Suite: RM1288

 

2. Harga / Kos Bersalin

Bersalin normal: RM6,000.00 (anggaran) termasuk bilik, nurseri, makanan dan konsultasi.

* Tambahan sebanyak RM 500 hingga RM1000 untuk pengambilan epidural. Deposit sebanyak RM 6000 juga diperlukan sebelum kemasukan pesakit.

 

Bersalin C-Section: Lebih kurang RM11,000.00 (anggaran) termasuk bilik, nurseri, makanan dan konsultasi.

* Tambahan sebanyak RM 500 hingga RM1000 untuk pengambilan epidural. Deposit sebanyak RM 11,000 juga diperlukan sebelum kemasukan pesakit.

 

3. Pakej Bersalin

Setakat maklumat yang kami ada, SJMC tidak menawarkan pakej bersalin. Sila rujuk kos bersalin seperti yang disenaraikan di atas. Untuk pengetahuan, kos mungkin akan berubah, samada menjadi lebih tinggi atau lebih rendah. Ia bergantung kepada situasi sewaktu bersalin, kos rawatan, pilihan bilik, komplikasi semasa bersalin dan lain-lain.

 

4. Bilangan Katil

393 buah termasuk wad bersalin

 

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

Sekiranya ingin bawa keluarga ke sini, ada banyak hotel yang berhampiran. Kedai makan juga ada banyak, maka tidak perlu risau. Hanya perlu seberang jalan sahaja.

Untuk ibu bersalin, bayaran bilik dibayar mengikut hari (Makanan adalah percuma)

 

6. Senarai Obstetrics & Gynaecologists

Senarai Obstetrics & Gynaecologists di SJMC

Untuk berjumpa dengan pakar seperti di bawah ini, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu

  • Dr. Abdul Onny Yahya
  • Dato’ Dr. Ang Chin Guan
  • Dr. Christina Tai Fook Min
  • Dr. Delaila Ahmad
  • Dr. Fong Chee Kin
  • Dr. Haris Hamzah
  • Dr. Lee Say Fatt
  • Dr. Pakirisamy Baskaran Thangavelu
  • Dr. S. Poopala Rachagan
  • Dato’ Dr. Siti Zaliha Zainal
  • Dr. Tan Teck SIn
  • Dr. Tang Boon Nee
  • Dr. Vignaeswaran Ponnudurai
  • Dr. Noor’aini Kassim Ali

 

7. Pengalaman Bersalin Di SJMC

Sime Darby Subang Jaya

Di sini kami kongsikan beberapa pengalaman dari blogger yang pernah bersalin di SJMC

Pengalaman bersalin di SJMC, Tahun 2014

Mommy Chot sudi berkongsi pengalaman beliau di SJMC. Lebih-lebih lagi tentang pertukaran gynae.

Eh, kata nak cite pengalaman bersalin…ni dah jadi citer gynae plak ni…esok I sambung cite pasal bersalin plak ye… 🙂 Psst: Btw, pengalaman bersalin dengan Dr. Delaila di SDMC masih yang terbaik…

Pengalaman bersalin di SJMC, Tahun 2013

Sedikit sedutan dari blogger Hartneesatim yang berkongsi pengalaman bersalin di SJMC untuk anak beliau yang keempat.

Gi Sime Darby Med Centre Subang Jaya dalam kol 1.00pm , federal hway lak jammed .. aku cakap kat abg asim, “bang rasa sakit contract ni mcm sakit kena induce je, agak2 berapa cm dah bukak ni,.. kuat betul contract ni” .. so sampai je SDMC, aku n abg terus naik ke LR (Labour Room).. sesungguhnya aku x mampu nak jalan tyme ni tapi aku gagahkan jugak .. apsal aku ‘loktang’ sgt ni.. rilek la tini wooii, (tapi serius sakit).. p kaunter LR.. nurse soh tulis aper tah form aku soh abg asim je wat aku x larat.., then masuk dlm bilik LR kol 2.30pm pasang CTG (i hate this), contract datang aku rasa nak menangis je, then the nurse buat cek bukaan.. punya terkejut dah 9cm dilate.. apa lagi ribut semacam nurse2 tu sediakan alat2 untuk bersalin, hahahahah aku dpt ucap syukur je sbb sat agi aku dah boleh bersalin tanpa nak tunggu lama2 dlm LR yg boringgg

Abg asim plak tyme ni keluar kejap g beli makan n solat (dier x tau yg aku dah nak bersalin ni) so nurse call dier bgtau yg aku dh bukak 9 cm.(sah mesti kelam kabut lagik la tu). Aku disuruh sedut gas etonox ke aper nama ntah.. membantu la jugak sket hilangkan sakit , nurse x suruh teran lagi sbb nak tunggu 10cm.. hazabbbb,  biler dah 10cm  Gynaecologist (Dato’ Dr. Siti Zaleha Zainal) pun dah datang.. aku mmg bersiap sedia dah nak menerann ni.. abg asim n all the nurses bagi semangat soh push, then ketuban pecah sendiri n noticed our baby dah poo poo plak.. ok ni agak bahaya,heart beat pun makin low.. 3 chances for me utk teran tak cukup, so alat bantuan vakum digunakan, sbb nak kene cepat.. dan akhirnya pukul 3.19pm aku selamat melahirkan baby kami.. alhamdulillah…syukur cepat n semua selamat.. tali pusat baby abg yang potong, baby dorang bersihkan, sedut bagai n put on my chest , then abg azankan baby.. after that  try bfeed baby..alhamdulillah pandai.. gud boy!,

It’s been a wonderful experience bersalin kat sini.. n this is my 4th time delivered baby here –>sangat berpuas hati, kali ni tak kena induce macam baby2 yg sebelum ni.. mmg bersalin induce LEBIH sakit dari yang yg tak kena induce.. but in the end sakit sama je… seronok dan bersyukur doa2 ku untuk bersalin tanpa induce dperkenan olehNya.. so welcome to the world our baby  “Muhammad Hariz Nazhan bin. Mohd Hashim” walaupun kepala benjol sket akibat vakum, harap cepat surutt insyaAllah.. kakak2 tak sabar dah nak jumpa.. alhamdulillah selamat semuanya..

Pengalaman bersalin di SJMC, Tahun 2013

Walaupun ini bukan pengalaman bersalin di SJMC, baca juga pengalaman pencarian gynae oleh elita.

Methods yang digunakan seperti biasa tanyalah Pakcik Google Bin SearchEngine. Almaklumlah..pencarian dihujung jari anda kannn..Google punya Google.. carik Area Puchong/Subang dan sewaktu dengannya.. jumpalah satu doktor ini.. Dr Delaila.. Gynae dari SMJC, Subang Jaya. Review punyalah baik best 5 star smer kan. So, nak cubalah.

So discuss dengan Suami Tercinta itu, maka kita orang pon pergilah mencuba.Klinik agak jauh dari rumah. So, selalu lepas kerja penat-penat gi tempuh jem, kitaorg pon pergi ke klinik dia. Saya decide lah nak gi Klinik dari Hospital. Sbb Klinik boleh pergi Malam. Hospital kan macam2 kos yang terlibat. So, bermula lah kehidupan kitaorang dengan Dr.Delaila.

Dari bulan ke dua sehingga masuk bulan ke7 atau ke 8 macam itu. Pergi Balik jumpa dia.Cost dia amatlah sangat agak mahal bagi kami ketika itu.dan asik scan, asik scan baby girl jer. ehehehe Dr. Delaila, bagi Saya, dia sangat peramah, banyak tips, kalau kita tanya dia mesti jawab dengan baik. Selalu kasi tips yang membantu sebagainya.

Namun ketidakbestnya, kami pergi awal dalam 8 malam, masuk mesti pukul 11 lebih. Balik penat. Dah lah jauh, jem pastu Mahal pulak tu. huhuhuhu. kata org selalu best mahal. tapi ni dah lah jauh, mahal plak.Pencarian tempat bersalin pula ketika masuk bulan ke 8, sbbnya..kita nak gi beranak kat manakah? SJMC ker? Suami..kesian lah dia..cost dia mahal.Kerajaan.. tak mahulah. Suami tak leh masuk.

Saya mahu Suami saya di tepi saya. huhuuhuhuSo kesian pada suami, Saya pun buat pencarian kali ke dua. Kali ini mencari Gynae di area rumah yang agak berpatutan harganya dengan pendapatan kami di ketika itu.

Pengalaman bersalin di SJMC, Tahun 2012 (Temubual Eksklusif)

Berikut ialah pengalaman dan kisah sebenar dari Nurliyana Ibrahim yang kami ditemubual secara eksklusif, tentang pengalaman bersalin di SJMC pada tahun 2012.

Saya melahirkan anak pertama pada tahun 2013 secara normal. Saya tinggal di hospital selama 4 hari 3 malam. Saya diberitahu jika saya mahu tinggal sehari sahaja, kos yang perlu saya bayar hanya RM1,500. Tetapi suami saya mahu saya mendapat rawatan yang secukupnya. Jadi kami tinggal untuk beberapa hari.

Gynae saya ketika itu adalah Dato Dr Siti Zaliha Zainal. Beliau seorang yang sangat bagus dan teliti. Saya memang memilih beliau sebagai Gynea selepas mendengar pendapat dari kawan-kawan.  Jururawat di SDMC semua baik-baik belaka. Jika saya perlukan bantuan, mereka akan datang tak sampai 10 saat pun.   Selain itu, sepanjang saya di sana ada ‘lactation educator’ akan datang untuk mengajar cara menyusu.

Untuk info, SDMC adalah hospital yang menggalakkan penyusuan ibu. Bayi tidak akan diberi susu formula selagi tidak diberi arahan oleh ibu bapa. Agak terkejut juga saya kerana setahu saya, kebanyakan hospital swasta tidak ‘breastfeed friendly’. Selain cara menyusu, jururawat juga akan mengajar cara mandikan bayi, cara mengurut bayi malah kami juga diberi sebuah CD sebagai rujukan di rumah.

Dari segi perkhidmatan makanan pula, saya diberi pilihan makanan oleh pakar diet. Saya hanya perlu pilih dari menu yang disediakan. Tetapi lain wad, lain menu ya. Sepanjang saya di sana, bayi tidak tidur sebilik dengan saya sebaliknya bayi akan di letakkan di bilik berasingan. Jururawat hanya akan membawa bayi kepada saya apabila bayi saya menangis mahu menyusu.

SDMC juga menyediakan semua kelengkapan bayi dan ibu. Bermula dari baju, perkakas mandi, lampin bayi malah tuala wanita juga disediakan. Pendek kata saya hanya perlu bawa badan dan juga buku rekod mengandung sahaja.    Hanya 1 perkara sahaja yang saya kurang berpuas hati adalah perkhidmatan bilik. Jika anda di tempatkan di bilik double, suami tidak dapat menemani anda pada sebelah malam. Hanya bilik single sahaja dibenarkan.

Itu pun mereka hanya menyediakan sebuah kerusi malas untuk suami (tambahan kos).

Kebetulan pada hari pertama saya bersalin, semua bilik single sudah penuh jadi saya terpaksa tinggal di bilik double untuk seketika.    Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan perkhidmatan di SDMC. Jumlah yang harus saya bayar ketika itu adalah RM 2,900 daripada RM 4,700 kerana saya adalah salah seorang pekerja di Sime Darby. Jika anda merancang untuk melakukan pemeriksaan dan bersalin di SDMC, anda disarankan untuk membuat temujanji terlebih dahulu. Sekian sahaja perkongsian dari saya.

Pengalaman bersalin di SJMC, Tahun 2019

Reena berkongsi pengalaman kenapa beliau sangat suka dengan SJMC.

Ikutkan banyak sangat experience yang aku lalui dan aku rase semua hospital sepatutnye contohi dalam melayan patient…
*bukannye marah-marah patient tak tentu pasal*

Situation 1 : Aku penah masuk hospital gara-gara demam panas mase tengah preggie Ariana, jadi setiap kali hospital hidangkan aku makanan, aku slalu makan sikit aje sebab takde selera.
Sampaikan ketua bahagian beverage dia datang jumpe aku personally bertanyakan makanan ape yang aku selera nak makan. Bile aku cakap aku cume selera makan biskut, roti dan minum air 100 Plus je, trus dia orang belikan untuk aku.
Walopun makanan tuh takde pon dalam senarai dorang.

Situation 2 : Aku penah muntah trok sampai abes terkena cadar, dan macam biasa aku akan press button untuk panggil nurse. Dorang tanpa banyak soal trus salinkan cadar aku, bawa aku ke toilet dan sediakan aku baldi kecik kalo aku rase tak larat nak muntah dekat toilet.

Situation 3 : Kulit Ariana trok mengelupas dan aku risau kalo muka dia ade parut *waktu nih Ariana masuk hospital sebab dia ade penyakit skin sepsis ~ alah pada susu lembu*. So, aku bagitau doktor yang merawat Ariana *Doktor Ali* kalo ade any cream yang bole Ariana apply untuk hilangkan parut dekat muke dia.
Doktor Ali tanpa mempersoalkan permintaan aku tuh, trus je referkan kes Ariana ke doktor pakar kulit. Tak sampai sejam doktor pakar kulit tuh datang melawat Ariana.
Dan hari tuh jugak trus dia bagi medicine untuk kulit Ariana.
Aku rase kalo hospital kerajaan nih maunye dorang laserkan aku yang banyak songeh nih… hihi…

Situation 4 : Slalunye 6 hours lepas delivery *normal delivery* nurse akan suruh kite pegi toilet untuk “shee…shee” atau pon buat investment.
Pengpaham jela… sakit kena jahit tuh still kite rase lagik & kompomla kite jadi takut.
Tapi yang buat aku terharu sangat tuh, nurse yang jaga aku tuh sanggup temankan aku kat dalam toilet,
pegang tangan aku, papah aku turun & naik katil dan selimutkan aku lagik…
comfort sangat aku rase…

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di SJMC? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”1″]

[rwp-table id=”0″]

[rwp-table id=”1″]

 

Yang Popular

To Top