Untuk memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual, sistem pendaftaran online ini diwujudkan khusus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia.
Walaubagaimanapun, sistem online masih belum dapat dilakukan untuk negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dan perlu mendaftar melalui sekolah secara manual.

Foto Kredit: ddyt.wordpress.com
Siapa Yang Layak Mendaftar?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2011, 2012, dan hari pertama 2013.
- Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012: Tahun Persekolahan 2018
- Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013: Tahun Persekolahan 2019
*Pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum persekolahan ya. Jadi, ibu bapa boleh terus mendaftar untuk memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing.
Untuk makluman, tarikh pendaftaran Tahun Satu bagi anak-anak ini akan dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.
Cara Membuat Pendaftaran Tahun Satu Secara Online
1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Maklumat Lanjut
Jika mengalami masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran ini, ibu bapa boleh berhubung dengan pegawai pendaftaran di Kementerian Pendidikan Malaysia pada talian yang tertera di bawah.
Atau lebih mudah lagi, ibu bapa juga digalakkan untuk berhubung terus dengan pihak sekolah yang ingin dipohon.
Rujuk manual ini untuk memudahkan permohonan borang secara online: cara-pendafaran-murid-tahun-1-edr
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja) |
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT.E-mel : [email protected] |
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 | Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri |