Asuh

Cara Mudah Isi Maklumat Imunisasi Anak Pendaftaran Tahun 1 Secara Online

65
SHARES
pendaftaran tahun 1

PENDAFTARAN TAHUN 1

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menginjak ke Tahun 1, pasti akan ada sedikit kekeliruan semasa mengisi borang pedaftaran secara online tambah pula di bahagian rekod kesihatan. Maklumlah, ada banyak jenis suntikan yang berbeza dan ibu bapa kena tahu untuk membezakannya. Oleh itu, ini cara mudah untuk isi maklumat imunisasi anak bagi pendaftaran Tahun 1 secara online.

Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 Dibuka 1 Mac

CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE

pendaftaran tahun 1

Mak ayah kena alert sebab nama suntikan tu berbeza kat borang online dengan kat dalam buku. Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu:

– Difteria
– Tetanus
– Pertussis

(Dalam borang diceraikan satu-satu)

Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. So semua sekali ada 10 jenis suntikan tau.

1. BCG

2. Hepatitis B

3. Difteria (dalam buku tulis DTaP)

4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP)

5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP)

6. Haemophilis Influenza (Hib)

7. Polio (IPV)

8. Measles

9. Mumps

10. Rubella

Info Tambahan:

✅ Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
– Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),

✅ Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
– Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).

✅ Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
– Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

Cara Buat pendaftaran Tahun 1 secara online

1.Layari laman web https://public.moe.gov.my/

2.Tekan butang Pengguna Baru

3.Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar

4.Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)

5.Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1

6.Setelah itu, pilih Permohonan Baharu

7.Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan

8.Sila isikan:

-Maklumat murid
-Maklumat kesihatan
-Maklumat penjaga

9.Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya

10.Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.

11.Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.

12.Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan

13.Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

14.Status permohonan murid akan dipaparkan.

15.Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Cara Isi Maklumat Vaksin

Sedikit info tentang cara nak isi maklumat vaksin:

* Difteria, Pertussis, Tetanus, Heamophilus influenza, Polio disuntik pada hari yang sama.

*Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),* Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).

*Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan). * Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).

*Disuntik semasa umur baby 12 bulan.

Sumber: KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×