Euforia Bola 2026
Inspirasi

Graduan UTM Berjaya Rangkul PhD, ‘Hidup’ Dengan Gangguan Bipolar & Autisme Bukan Alasan…

PELAJAR AUTISM

Mengharungi dunia universiti bukanlah mudah bagi sesiapa pun, namun perjalanan Maryam Sofea binti Farizal, 23, benar-benar membuka mata walaupun bergelar pelajar autism.

Graduan Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia (UTM) ini berkongsi pengalaman hidup bersama Autism Spectrum Disorder (ASD) dan gangguan bipolar sepanjang empat tahun pengajiannya, termasuk episod halusinasi, keadaan mania, kemurungan dan beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri.

Baca juga: Siti Nurhaliza Kini Profesor Adjung FPP UiTM, Sedia Kongsi Ilmu & Pengalaman Dunia Seni

PELAJAR AUTISM BERJAYA TAMATKAN PHD DI UTM

PELAJAR AUTISM

Lebih mengagumkan, Maryam bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian, malah diterima pula ke laluan PhD Fast-Track, sesuatu yang jarang dicapai oleh graduan seusianya.

Maryam menceritakan bahawa sejak sebelum memasuki UTM, dia sering bergelut dengan beberapa cabaran seperti kesukaran membaca signal sosial dan keletihan emosi yang melampau.

Dia mula menghafal skrip perbualan, memerhati tingkah laku orang lain dan cuba meniru gaya komunikasi orang sekeliling agar tidak disalah tafsir.

Pada luaran, ramai menganggap Maryam pelajar yang tenang dan pandai membawa diri. Namun, hakikatnya dia sentiasa bergelut dengan rasa cemas, takut tersalah reaksi dan keletihan yang tidak pernah hilang.

Semasa berada dalam pengajian, Maryam akhirnya disahkan menghidap autisme dan bipolar disorder. Sepanjang tempoh itu, dia melalui pelbagai episod mental yang berat, antaranya halusinasi suara dan visual, episod mania (terlalu aktif dan sukar tidur), kemurungan melampau serta ksukaran membezakan realiti dengan ilusi.

Walaupun begitu, Maryam tetap hadir kelas, menyiapkan tugasan dan berusaha mengekalkan prestasi akademik seperti pelajar lain.

PELAJAR AUTISM

Freepik

“Orang tak nampak pun episod saya. Saya pandai sembunyikan… tapi sebenarnya saya sangat struggle,” luahnya.

Menurut Maryam, persekitaran UTM dan sokongan manusia di sekelilingnya banyak membantunya bertahan. Pada 2025, Maryam akhirnya menerima skrol di Konvokesyen ke-69 UTM, satu simbol kekuatan yang sering tidak dilihat orang dari luar.

Lebih membanggakan, dia diterima ke program Fast-Track PhD, membuka lembaran baharu sebagai penyelidik muda dalam bidang psikologi.

Maryam turut menitipkan pesanan kepada pelajar lain yang hidup dengan autisme, OKU atau menghidap gangguan mental.

“Jangan malu. Bergerak ikut kadar kamu. Berehat bila perlu. Dan yang paling penting, cari bantuan. Hidup anda tak kurang berharga daripada orang lain,” pesannya.

Baca juga: Ramai Tersentuh! Ibu Tunggal Dukung Bayi 8 Bulan, Jadi Badut Tepi Jalan Demi Mencari Wang…

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×