Rakyat

NADMA Ramal Amaran Ribut Petir & Hujan Bermula Hari Ini Hingga Khamis

3
SHARES

Beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak diramal ribut petir dan hujan bermula hari ini sehingga Khamis. Perkara ini diumumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan petang ini, ribut dijangka berlaku di satu atau dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Baca juga: Waktu Bekerja Mingguan 45 jam Berkuat Kuasa 1 September

NADMA RAMAL AMARAN RIBUT PETIR HUJAN BERMULA HARI INI SEHINGGA KHAMIS

Ribut petir juga dijangka melanda di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang selain pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah serta Labuan.

“Ramalan sama turut membabitkan hujan yang berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman Perak dan satu dua tempat di Tawau,” katanya.

NADMA turut menjelaskan pada sebelah malam ribut petir diramalkan melanda satu dua tempat di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Tawau dan Sandakan.

Hujan juga dijangka berlaku di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri, Limbang dan Labuan.

Pada keesokan pagi, NADMA melaporkan ribut petir di beberapa tempat di kawasan pantai Kedah dan Pulau Pinang, selain di satu dua tempat Perlis, Perak dan Johor.

Hujan turut diramal berlaku di kawasan pantai Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selain di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, pedalaman Pantai Barat Sabah, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan.

Di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor diramal ribut petir pada sebelah petang.

“Ribut petir turut diramal pada sebelah petang di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak serta pedalaman, pantai barat Sabah, Kudat dan Labuan,” katanya.

Untuk sebelah malam esok, ribut petir dijangka di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan hujan di satu dua tempat di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

NADMA memaklumkan pada pagi Khamis, ribut petir diramal di beberapa kawasan pantai di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain satu dua tempat di Perlis dan Perak.

Hujan juga diramal di lokasi tertentu di Melaka, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah di Sarawak selain pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah.

“Pada sebelah petang, ribut petir dijangka satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Terengganu, Selangor dan Johor manakala di Sarawak, satu dua tempat di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah ribut petir di satu dua tempat di pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat serta hujan satu dua tempat di Tawau,” jelasnya.

Pada waktu malam pula ribut petir dijangka di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang, selain hujan di satu dua tempat di Kedah dan Perak.

Selain itu, hujan juga dijangka berlaku di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak serta Tawau dan Sandakan di Sabah.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×