Didik

Sistem Baru Mata Pelajaran Tingkatan 4 & 5 Mulai Tahun 2020. Ibu Ayah Fahamkan 8 Perkara Ini

43.2K
SHARES

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mulai tahun 2020 nanti tiada lagi aliran sains tulen atau sastera di sekolah bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di Sekolah Menengah.

Sebagai ganti, pakej mata pelajaran (MP) baharu diperkenalkan oleh KPM berdasarkan minat pelajar serta kebolehan mereka.

Berikut adalah beberapa perkara yang ramai nak tahu tentang pakej mata pelajaran yang akan diperkenalkan mulai tahun depan nanti.

8 Perkara Tentang Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 & Tingkatan 5 Mulai Tahun 2020

1. Apakah Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas?

Tujuan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas ini diperkenalkan adalah bagi memberi peluang murid mengenal pasti dan memilih mata pelajaran mengikut kecenderungan, minat, serta kebolehan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Tinggi.

Pakej ini merupakan gabungan mata pelajaran teras, wajib dan elektif yang dibina berasaskan keperluan murid untuk menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi dengan mengambil kira keperluan badan profesional serta laluan bidang kerjaya yang diminati murid.

Gaji Fresh Graduate RM2,500 Rendah. Graduan Mahu Gaji Basic RM3,500!

Foto Kredit: computing.co.uk

2. Bagaimana Murid Membuat Pemilihan Pakej Mata Pelajaran?

Murid memilih berdasarkan minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pentaksiran Bilik Darjah dan Ujian Psikometrik.

Guru kaunseling dan guru juga memainkan peranan membantu murid memilih mata pelajaran yang sesuai.

3. Mata Pelajaran Teras, Wajib & Elektif

Teras – Wajib dipelajari oleh semua murid sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.

Mata pelajaran Teras adalah:

  • BM
  • BI
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Wajib – Wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan

Mata pelajaran wajib adalah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Elektif – Mata pelajaran yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat dan potensi murid.

Mata pelajaran elektif ini dikategorikan kepada:

  • Bahasa
  • STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)
  • Pengajian Islam
  • Kemanusiaan
  • Sastera Ikhtisas

 

 

4. Dua Pakej Utama – Sains & Sastera

Terdapat 2 pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan iaitu

  • Pakej STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)
  • Pakej Sastera dan Kemanusiaan

Murid boleh mengambil gabungan daripada Kumpulan Elektif STEM, Pengajian Islam, Bahasa dan Sastera Ikhtisas.

Walaubagaiamanapun, penawaran mata pelajaran ini juga bergantung kepada kesediaan sekolah.

 

5. Pakej STEM

Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria berikut:

A. Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan

B. Mengambil mana-mana 2 mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan DAN sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran Elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi ATAU mata pelajaran bukan daripada elektif STEM;

C. Mengambil sekurangnya 2 mata pelajaran elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi atau mengambil mana-mana 1 MP Vokasional (MPV).

 

6. Pakej Sastera Dan Kemanusiaan

Pakej Sastera Dan Kemanusiaan pula terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV.

7. Bilangan Mata Pelajaran Elektif Yang Perlu Diambil

Penawaran maksimum mata pelajaran elektif adalah 5 mata pelajaran.

8. Jumlah Mata Pelajaran Dalam SPM

Murid dihadkan mengambil 10 mata pelajaran.

Namun kelonggaran diberi kepada calon mengambil tidak lebih daripada 2 mata pelajaran tambahan kecuali mata pelajaran teras.

 

*Rujukan lanjut:

Kementerian Pendidikan Malaysia –

Soalan Lazim Berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas Mulai Tahun 2020

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×