Famili

Sempena Ramadan Masjid At-Taqwa TTDI Sediakan Ruang Kanak-Kanak Bermain, Wah!

4
SHARES
masjid at-taqwa

Masjid At-Taqwa yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur menarik perhatian ramai apabila menyediakan satu kemudahan yang tidak disediakan di mana masjid-masjid lain iaitu ruang untuk anak-anak bermain.

Inisiatif ini hanya diadakan bersempena bulan Ramadan bertujuan untuk memudahkan ibu bapa membawa anak mereka ke masjid sekiranya ingin menunaikan solat tarawih.

Baca juga: Bestnya Masjid Sana Ada Aircond, Sini Tak Ada…Tapi Boleh Ke Pilih-Pilih Masjid Nak Tarawih Ni?

MASJID AT-TAQWA TTDI SEDIAKAN RUANG KANAK-KANAK BERMAIN

Masjid At-Taqwa

Antara aktiviti yang boleh dilakukan sementara menunggu ibu bapa selesai menunaikan solat adalah mewarna, kolam bola dan menonton movie yang bersesuain.

Ruangan ini diwujudkan supaya anak biasa dengan suasana masjid dan supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka.

Ruangan kanak-kanak ini terletak di tingkat 2 Dewan As-Syafie bermula 27 Mac sehingga 11 April. Waktu pembukaan adalah jam 8.00 malam sehingga 9.30 malam sahaja.

Masjid At-Taqwa

Kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun dibenarkan masuk untuk menggunakan kemudahan yang disediakan supaya tidak mengganggu jemaah lain.

Posting di Facebook rasmi milik Masjid At-Taqwa dibanjiri komen warganet yang rata-rata memuji ahli jawatankuasa masjid kerana berjaya mewujudkan ruangan kanak-kanak ini selain turut teruja untuk membawa anak.

Masjid At-Taqwa

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Masjid At-Taqwa TTDI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×