Advertorial

Masa Bersama Anak : Kualiti ATAU Kuantiti?

254
SHARES

Sebagai ibu bapa, kita selalu merasa bersalah apabila kita berjauhan dengan anak-anak sebab sibuk kerja atau berniaga. Apabila perkara ini berlaku, kita sering kita kata-kata emas seperti “Meluangkan masa berKUALITI adalah lebih penting daripada KUANTITI masa”.

Tiada jalan mudah dalam mencari cara yang tepat untuk membina hubungan dengan anak-anak. Yang paling penting, kita (ibu bapa dan anak-anak) menghargai masa yang diluangkan dan secara tidak langsung ia akan menjadi memori yang indah dan penuh dengan nilai-nilai positif.

Jom kita lihat 4 tips untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak.

 

1. BERIKAN PERHATIAN 100%.

1673778

Tutup televisyen, ketepikan komputer dan telefon pintar anda dan beri tumpuan 100% kepada anak-anak. Apabila berinteraksi bersama anak-anak, tanyakan soalan terbuka yang membolehkan mereka mengekspresi rasa dan berkongsi perasaan dengan kita. Lihatlah wajah dan mata mereka ketika berbual. Beri perhatian kepada tona suara, riak wajah dan gerak badan mereka. Bila kita memberi sepenuh perhatian kepada mereka, mereka akan rasa dihormati dan dihargai.

 

2. LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA.

1678488

Anak-anak suka meniru orang dewasa. Mereka berasa matang dan mampu berdikari apabila melakukan aktiviti bersama-sama kita. Aktiviti membuat kek atau memasak adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti ini merupakan salah satu cara terbaik meluangkan masa dengan anak-anak. Membuat kek juga bagus dalam melatih kesabaran mereka kerana mereka perlu menanti hasil kerja mereka siap, sebelum mereka boleh menikmatinya.

Jika anak anda tidak meminati aktiviti membuat kek, cari aktiviti lain yang boleh menarik minat mereka; contohnya berkebun, bersukan, badminton, berenang, bermain bola sepak atau anda boleh menari bersama mereka. Tentu seronok!

 

3. MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN.

1862775

Terapkan dalam diri anak kita tentang rasa bersyukur. Ajar anak-anak untuk memberi kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ia adalah salah satu cara untuk tunjukkan yang kita berterima kasih dengan apa yang kita ada. Berkongsilah dengan mereka tentang kisah kanak-kanak miskin atau mereka yang menderita akibat peperangan dan ketidakadilan, dan bagaimana kita dapat membantu meringankan kesengsaraan mereka.

Usahakanlah projek kebajikan bersama keluarga untuk mendidik mereka yang kita bersaudara dan saling sayang-menyayangi sesama manusia. Apabila hidup kita dipenuhi dengan rasa kesyukuran, walaupun ketika dilanda kesusahan; mereka akan melihatnya sebagai satu proses pembelajaran yang mempunyi hikmah disebaliknya. Anak-anak belajar empati dan kasih sayang bila mereka didedahkan kepada kerja-kerja kebajikan pada usia muda.

 

4. RAIKAN PERBEZAAN.

1862775

Bila bersama anak-anak, lihat mereka sebagai individu yang mempunyai karakter dan keupayaan tersendiri.  Usah bandingkan mereka dengan kanak-kanak yang lain. Setiap anak dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Dengan menyedari perbezaan ini, kita akan lebih menghargai siapa mereka; daripada memaksa dan membentuk mereka menjadi orang lain. Jika kita memaksa mereka melakukan perkara yang mereka tidak suka, berkemungkinan besar ia akan mengakibatkan ketegangan dalam hubungan kekeluargaan.

Raikan keunikan dan sayangi mereka seadanya. Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk anak kita menjadi insan yang mempunyai karakter dan nilai-nilai yang hebat. Memang banyak anasir luar yang boleh mempengaruhi anak-anak kita, akan tetapi dengan asas yang kukuh dan hubungan kekeluargaan yang erat di rumah, kita berharap agar mereka berjaya memelihara diri mereka daripada terjerumus ke arah gejala-gejala yang tidak sihat.

Akhir kata, walaupun kita sebagai ibu bapa hanya mampu meluangkan masa yang sedikit bersama anak-anak, namun dengan memastikan ianya berKUALITI; kita mampu membentuk keluarga yang bahagia dan bersatu hati, insya Allah.

Ditulis Oleh :Lily Maznah Muas

13912906_1196428203709910_2169646284445520512_n

Ayuh! Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak di Pesta Kanak-Kanak Islam Malaysia () pada 2–4 Disember 2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk ibu bapa dan anak-anak. Sila layari laman web www.micf.my untuk keterangan lanjut. Jumpa di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×