Media Prima Berhad dengan sukacitanya melancarkan kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ bersempena Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 yang akan disambut tidak lama lagi.
Selain mampu menyemarakkan lagi semangat patriotisme, kempen ini juga boleh membantu memperkukuh hubungan rakyat Malaysia dengan meraikan warisan budaya dan kulinari negara yang kaya, sekaligus meneruskan kejayaan inisiatif tahun lalu.
Baca juga: Jom Undi Makanan Paling Best Di Malaysia, Mana Satu Jadi Pilihan Nasi Lemak Atau Roti Canai?
KEMPEN MANIS PAHIT BERSAMA, MALAYSIA PALING BEST
Kempen ini memberi peluang kepada jenama untuk berhubung dengan pengguna melalui semangat patriotisme dan warisan bersama yang menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Kempen Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ kali ini meneroka keunikan citarasa dan tradisi negara melalui eksplorasi yang menarik dan penuh warna.
Rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman “Paling Best” mereka, dengan memberi tumpuan kepada kepelbagaian jenis masakan yang lazat dan beraneka jenis di negara ini.
Kempen ini akan berakhir dengan sambutan Piknik Hari Malaysia yang bakal diadakan di Taman Botani Putrajaya, yang mana pertunjukan Makanan Paling Best Malaysia akan menjadi acara utama dalam suasana semangat kebangsaan yang penuh warna-warni.
Selain itu, antara tarikan lain kempen ini juga adalah video khas Hari Kebangsaan yang merakam suara rakyat Malaysia menjawab soalan, ‘Apa yang membuat Malaysia Paling Best?’. Video ini berfungsi sebagai naratif kolektif, mengingatkan kita tentang pelbagai sebab untuk berbangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi sambutan terhadap kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’, rakyat Malaysia juga boleh melayari laman sesawang says.com/manispahitbersama untuk membuat undian di bahagian Tinjauan Makanan (Food Poll).
Anda boleh memilih dan mengundi hidangan yang menurut mereka benar-benar mencerminkan budaya makanan Malaysia yang paling ikonik. Ayuh sertai kami dan kongsi pilihan anda dalam perdebatan menarik mengenai hidangan paling ikonik di Malaysia!
Seterusnya, aktiviti media sosial #GengMakanan pula mengajak pencinta makanan untuk berkongsi gambar hidangan tempatan kegemaran mereka atau lokasi makanan yang paling disukai. Gambar terpilih akan dipaparkan di papan iklan digital sekitar Lembah Klang, dalam memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada khalayak umum.
Acara kemuncak bagi kempen ini adalah Piknik Hari Malaysia yang akan diadakan di Taman Botani Putrajaya pada 15 September, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Nasi lemak dan teh tarik akan disediakan secara percuma dan anda boleh menikmatinya sambil dihiburkan dengan persembahan artis tempatan, aktiviti-aktiviti hiburan padang di salah satu taman paling indah di Malaysia.