Famili

Media Prima Berhad Raikan Hari Kebangsaan & Malaysia Dengan Kempen Manis Pahit Bersama!

3
SHARES
kempen manis pahit bersama

Baru-baru ini, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad (Media Prima) telah melancarkan Kempen Manis Pahit Bersama yang menonjolkan konsep makanan. Di mana, ia meliputi makanan tradisi dan manisan tercinta rakyat di negara ini.

Baca juga: d Conference & d Awards 2023 Sedia Mendedahkan Masa Depan Ekonomi Digital

KEMPEN MANIS PAHIT BERSAMA

kempen manis pahit bersama

Gambar: Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (enam dari kanan) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali (lima dari kanan); Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad, Rosli Sabarudin (lima dari kiri); Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (empat dari kiri); Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar (dua dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran (kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REV Media, Samuel Wee (kanan); Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong (tiga dari kiri); Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (dua dari kanan); Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Sumber Manusia Media Prima, Nor Arzlin Redzwan (empat dari kanan) dan Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi Kumpulan, Azlan Abdul Aziz (tiga dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Balai Berita NSTP Bangsar, Kuala Lumpur. – NSTP/Aizuddin Saad

Memetik akhbar Berita Harian, Pengarah Urusan, Rafiq Razali, berkata kempen itu mencerminkan sesuatu makanan menyatukan semua golongan tanpa mengira bangsa mahupun agama.

“Kita melalui dan mengatasi pelbagai cabaran, namun sentiasa bergerak dalam satu pasukan, bersama mengharungi rintangan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

“Jadi tema ini amat sesuai ‘Manis Pahit Bersama’, iaitu memperkenalkan makanan dalam memupuk hubungan baik serta semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.

“Menerusi makanan menyatukan kita semua. Penggunaan konteks juadah makanan tradisi dan manisan di Malaysia amat tepat untuk kempen Media Prima pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jom Raikan Kuih Malaysia Together-gether di Driveway Balai Berita The New Straits Times Press Bhd (NSTP) di sini, semalam.

kempen manis pahit bersama

Gambar: NSTP/Aizuddin Saad

Selain itu, Program Jom Raikan Kuih Malaysia Together-gether adalah sebahagian keunikan kempen Hari Kebangsaan MPB dengan bertemakan Manis Pahit Bersama yang telah disambut meriah oleh kakitangan Media Prima dari pelbagai cabang jabatan dengan membawa pelbagai jenis kuih untuk dikongsi bersama.

Program ini turut dilengkapi dengan gimik mewarnakan mural yang menjadi hiasan baharu Driveway Balai Berita di sini. Mural baharu itu menggambarkan kehadiran warga Media Prima membawa pelbagai jenis kuih untuk dikongsi bersama, kata Rafiq pada Majlis Pelancaran Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tersebut.

Beliau turut mewakili pengurusan Media Prima mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia buat seluruh rakyat dan warga Media Prima.

Video SirapLimau:

@mysiraplimau Bila kuih menyatukan kita rakyat Malaysia 🥰 #fypdongggggggg #siraplimau #masukberandafyp #fypシ゚viral #malaysiapastibersepadu #manispahitbersama ♬ Anak Merdeka – Khalifah & Syafiq Farhain & Ezad Lazim

Suasana di Majlis Pelancaran Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia oleh warga Media Prima di Driveway Balai Berita The New Straits Times Press Bhd (NSTP), semalam.

Baca juga: Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Jelajah Negeri Pantai Timur, Santuni Masyarakat Yang Memerlukan!

Sumber: Berita Harian

FT Image: revmediamy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×