Famili

4 Manfaat Skim PeKa B40 Untuk Ibu Ayah Kita Berumur 50 Tahun Ke Atas. Jom Ambil Tahu

723
SHARES

Ibu bapa anda penerima Bantuan Saraan Hidup dan berumur 50 tahun ke atas?

Jika ya, maka mereka layak untuk menerima pelbagai manfaat perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang akan mula dilaksanakan Mac ini.

“PeKa memberi penekanan kepada pengesanan penyakit awal tidak berjangkit kepada golongan B40 terutama apabila usia meningkat, sekali gus mengurangkan bebanan kos rawatan kumpulan berkenaan,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ketika berucap pada majlis prapelancaran PeKa B40 semalam, 28 Januari 2019.

Jom kita ambil tahu serba sedikit tentang skim ini dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa kita nanti.

peka b40

Foto Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia KKM

Apakah Skim PeKa B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 merangkumi pemberian percuma perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

PeKa B40 dan Skim Perlindungan Nasional B40 atau mySalam yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khamis lalu diwujudkan untuk saling melengkapi bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menerima skim PeKa B40 adalah :

  • penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya
  • berumur 50 tahun ke atas

Skim peka b40

4 Manfaat Skim PeKa B40

Berikut adalah 4 manfaat yang bakal diterima oleh mereka yang layak.

1. Saringan Kesihatan

Saringan kesihatan yang dijalankan secara percuma termasuk pemeriksaan kesihatan mental, klinikal payudara dan klinikal prostat (jika perlu), manakala pemeriksaan makmal merangkumi ujian darah, diabetes, tahap kolestrol, air kencing dan fungsi buah pinggang.

Bagi proses mendapatkan saringan kesihatan percuma itu, penerima BSH berusia 50 tahun ke atas boleh menyemak kelayakan mereka di laman web PeKa B40 yang akan berfungsi sepenuhnya Mac ini, kemudian perlu ke klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenal pasti melalui pelekat PeKa B40 dengan membawa MyKad.

skim peka b40

2. Bantuan Alat Perubatan

Melalui manfaat bantuan alat perubatan, penerima akan menerima bantuan dengan had maksimum RM20,000 (seumur hidup) terhad kepada kategori tertentu di hospital Kementerian Kesihatan selepas saringan dijalankan.
10 kategori alat perubatan yang tersenarai adalah:

  • stent untuk jantung
  • alat sendi tiruan
  • alat bantuan pendengaran
  • perentak jantung
  • prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • prostesis dan ortosis tulang anggota
  • kanta mata intraokular
  • alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • bantuan sokongan nutrisi
  • kerusi roda
pengorbanan ayah

Foto Kredit: abcnews.com

3. Melengkapkan Rawatan Kanser

Bagi insentif melengkapkan rawatan kanser, sebanyak RM1,000 dibayar kepada pesakit yang melengkapkan rawatan di hospital kementerian dan bayaran secara berperingkat bergantung kepada tahap rawatan.

rawatan kanser payudara kimoterapi

Foto Kredit: standaard.be

4. Insentif Tambang Pengangkutan

Insentif tambang pengangkutan diberikan maksimum RM500 bagi Semenanjung dan RM1,000 bagi Sabah dan Sarawak bagi setiap penyakit.
Skim peka b40

Jom Manfaatkan Peluang Ini

Bagi projek perintis Skim PeKa B40 ini, seramai 800,000 penerima bantuan akan menerima manfaat yang dinyatakan di atas berdasarkan konsep sesiapa yang membuat saringan dahulu atau konsep first come, first serve.

Jadi, jom manfaatkan peluang yang disediakan Kementerian Kesihatan untuk ibu bapa kita!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×