Rumah

Daun Lebih Sihat, Besar & Hijau! Rupanya Banyak Manfaat Arang Untuk Tanaman

227
SHARES
manfaat arang untuk tanaman

Mungkin ada antara kita yang belum tahu, penggunaan arang ini amat banyak manfaat untuk tanaman.

Meletakkan arang pada tanaman boleh membantu tanaman lebih subur, sihat dan tahan penyakit; terutama yang melibatkan kulat.

Ini kerana sifat arang itu sendiri yang memiliki kalium yang tinggi dan membantu memperbaiki PH tanah.

Selain tu arang juga membantu memerangkap bau-bau yang kurang menyenangkan dalam tanah atau sekitarnya. Best kan?

Terdapat banyak jenis arang yang boleh anda gunakan. Samada arang dari pokok kayu, sekam padi, tongkol jagung ataupun tempurung kelapa. Semuanya elok untuk tanaman.

Dalam sebuah posting, Suez Tiez telah berkongsikan bahawa penggunaan arang dalam tanaman dapat membantunya mendapatkan pokok yang berdaun besar, lebih hijau dan sihat berbanding yang tidak menggunakan arang.

Ini cebisan arang yang digunakan.

Ini perbezaan pasu dengan arang dan tanpa arang. Kata beliau, pokok memang menjadi lebih sihat dan daunnya bertambah hijau setelah diletakkan arang.

manfaat arang untuk tanaman

Wah, ada beza juga kan?

Jom kita ketahui lebih lanjut tentang manfaat arang untuk tanaman.

Apakah Bahan Yang Terkandung Dalam Arang?

Menurut Pusat Sains Negara, arang merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan.

Arang biasanya dihasilkan melalui proses pirolisis perlahan, pemanasan kayu, gula, tulang, atau bahan lain tanpa oksigen.

Bahan yang terhasil adalah bahan lembut, rapuh, ringan, hitam, poros menyerupai batu arang dan merupakan 85% hingga 98% karbon dengan sisanya terdiri dari bahan kimia mudah terbakar dan abu.

Ada banyak jenis arang untuk tanaman yang boleh kita jumpa di pasaran.

arang untuk tanaman

Berikut adalah 7 manfaat arang untuk tanaman.

7 Manfaat Arang Untuk Tanaman

 1. Menggalakkan Pengudaraan

Manfaat arang untuk tanaman antaranya adalah ia memberi ruang-ruang udara kepada zon akar tanaman.

Selain sifatnya yang ringan, ia juga memiliki jutaan rongga halus.

Maka secara tidak langsung, tanah akan tetap gembur kerana memiliki tahap keliangan (porousity) yang tinggi.

2. Membasmi Kulat & Serangga Perosak

Manfaat arang kayu untuk tanaman antara lainnya juga adalah dapat menjaga tanah agar tidak berkulat.

Ia juga boleh mengelakkan serangga perosak yang akan menjejaskan kesuburan tanaman.

arang untuk tanaman

Foto Kredit: New Yor Magazine

3. Meningkatkan pH Tanah Ke Tahap Optimum

Tanah yang paling ideal untuk tanaman berkembang dengan subur adalah tanah yang bersifat neutral.

Penggunaan arang dapat meningkatkan pH ke tahap optimum, terutamanya pada tanah berasid.

4. Mengurangkan Bau Busuk

Ada sebab mengapa campuran tanah yang dibeli di kedai mengandungi campuran arang.

Apabila arang dimasukkan ke dalam tanah pot, arang menyerap bau kompos dan kotoran yang tidak sedap.

Arang juga dapat menyerap bau, termasuk gas, dan zat beracun yang ada di udara.
http://www.tbcredit.ru/zaymyi.html

5. Menyerap Lebihan Air

Sifat arang yang poros membolehkan ia bertindak menyerap lebihan air pada medium tanaman.

Arang boleh menyerap lebihan air dari akar tanaman anda dan menjaga komposisi tanah dengan melindungi terhadap bakteria, kulat dan bau busuk.

6. Memperbaiki Tanah Yang Rosak

Selain itu, manfaat arang pada tanaman juga ialah memperbaiki tanah yang rosak.

Caranya adalah dengan memasukkan atau mencampurkan arang sebanyak-banyaknya pada tanah yang rosak akibat terkontaminasi bahan kimia.

manfaat arang untuk tanaman

7. Mengisolasi Penyakit Pada Tumbuhan

Sifat arang yang tinggi kadar serapan membantu ia menyerap apa sahaja di sekitarnya termasuklah bahan kimia.

Sifat ini juga memabntu untuk mengelakkan pembiakan penyakit atau mikrob pada tumbuhan, sekaligus mencegahnya daripada merebak kepada tumbuhan lain.

Wah, Banyak Manfaat Arang Untuk Tanaman Kan?

Rupanya ada banyak manfaat dan khasiat arang untuk tanaman yang mungkin kita tak pernah tahu sebelum ini.

Mana nak dapat arang untuk tumbuhan ni?

Ia banyak dijual di nurseri dan tempat menjual alatan gardening dan hortikultur yang biasa.

Arang yang digunakan untuk BBQ juga boleh digunakan JIKA tidak mempunyai bahan tambahan seperti bahan kimia yang ditambahkan kepadanya. Jadi seeloknya baca label dan periksa dengan cermat.

Kalau nak selamat, beli yang khas untuk tanaman ok!

Selamat berkebun!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×