Hebahan

Lumi News Malaysia Dilancarkan, Padat Dengan Lebih 30 Penerbit Berita Viral!

2
SHARES

Lumi News Malaysia aplikasi berita terbaru di Malaysia yang dilaporkan oleh lebih 30 penerbit seperti Sirap Limau, Oh Bulan, Berita Harian, SAYS, dan banyak lagi. Wah! Menariknya, Lumi memberikan akses terus tanpa sebarang ganggguan dan pengguna boleh mengikuti penerbit berita pilihan hati dalam bahasa pilihan anda. Berita-berita viral dapat diakses dengan mudah dengan menggunakan aplikasi Lumi News Malaysia.

CIRI-CIRI UTAMA APLIKASI LUMI

  • Mendapat pemberitahuan sebaik sahaja wartawan mengeluarkan berita mengenai topik yang diminati. Pemberitahuan boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada jumlah kemaskini yang ingin diterima.
  • Mengikuti kumpulan penerbit berita terkemuka dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Sangat bermanfaat untuk mereka yang menguasai banyak bahasa!
  • Paparan khas COVID-19 di Lumi menunjukkan gambaran keseluruhan mengenai kadar vaksinasi, sasaran vaksinasi dan statistik harian COVID-19 di Malaysia, termasuk pecahan setiap negeri.
  • Membolehkan mod ‘Berita Baik’ bagi menjadikan berita baik terkini tersenarai di skrin utama aplikasi – yang memberi inspirasi, mencuit hati, optimistik dan menggembirakan anda. Dapatkan pemberitahuan ini setiap kali ada berita baik untuk dikongsi.
  • Ikuti dan pilih topik kegemaran seperti Berita Trending, Liputan COVID-19, Berita yang melibatkan berita sosial dan politik, Gaya Hidup, Hiburan, Makanan, Santai & Rawak, Teknologi, Dunia, Sukan, Permainan, dan banyak lagi.
  • Aplikasi antaramuka yang pantas, lancar, dan mudah digunakan.

Menurut ketua Lumi News Malaysia, Judith Yeoh, dia mengharapkan dengan adanya aplikasi ini ia mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk penerbit berita menampilkan hasil kerja terbaik kepada pengguna mereka setiap hari.

Mudah sahaja untuk dapatkan aplikasi Lumi, pengguna hanya perlu muat turun secara percuma di Google Play Store dan di Apple App Store.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×