Sudah menjadi lumrah ibu bapa untuk berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Dari segi pakaian sehingga ke makanan, kesemuanya haruslah lengkap dan sempurna. Bukan itu je, kalau boleh mereka nak beri semua benda lebih! Makanan lebih, susu lebih, masa bermain lebih semuanya lebih.
Mesti rasa bersalah kalau sebagai ibu bapa, anda tak dapat nak berikan yang lebih untuk anak. Lagi-lagi bila anak merajuk dan merengek. Tetapi, lebih itu tidak semestinya elok. Ada benda yang ibu bapa perlu kurangkan supaya anak anda berpeluang mengembangkan skills yang mereka ada.
Jangan panik dan risau nak fikirkan apa yang perlu anda kurangkan. Di bawah ni kami listkan perkara yang boleh anda hadkan!
Kurangkan mainan, lebihkan kreativiti!
Mengikut kajian terbaru, mengurangkan barang mainan adalah lebih baik untuk si manja! Janganlah tak beri anak mainan langsung. Sebagai contoh, jika selalunya anda berikan satu bekas besar mainan untuk anak, cuba kurangkan dengan berikan hanya 5 mainan. Dari situ, ibu bapa boleh melihat bagaimana si manja akan bermain secara kreatif!
Imaginasi mereka juga akan berkembang dengan cara yang kita sebagai orang dewasa pun tak terfikir.
Jangan terlalu mengawal, berikan si comel sedikit kebebasan.
Melindungi dan mengawal anak-anak memang tugas yang paling penting untuk ibu bapa. Tapi jika terlalu mengawal dan mengongkong juga akan memberikan kesan yang tidak baik buat si comel. Kebanyakkan ibu bapa yang “overprotective” merasakan bahawa mereka telah membuat perkara yang terbaik dengan menyekat segala-galanya.
Walhal dalam tempoh membesar, kanak-kanak sepatutnya belajar bagaimana hendak menilai dan mengawal situasi yang terjadi supaya mereka tidak mudah panik dan takut jika perkara itu terjadi apabila mereka dewasa.
Kurangkan aktiviti luar, lebihkan aktiviti bersama keluarga!
“I nak masukkan anak I kelas piano, kelas balet, kelas matematik, kelas chess dan semua kelas yang I tak pernah pergi!” Ish..Ish..Janganlah macam tu. Walaupun kelas-kelas tersebut sememangnya bagus untuk anak anda, masa untuk keluarga juga penting tau!
Terlebih aktiviti luar rumah seperti itu boleh mengakibatkan anak kurang meluangkan masa bersama keluarga. Dengan kesibukkan kerja ibu bapa, masa yang ada tu memang sangat terhad.
Kurangkan gula tambahan dan nikmatilah kebaikan susu!
Tahukah anda, mengikut statistik terbaru dari National Health and Morbidity Survey, lebih dari 6% kanak-kanak bawah usia lima tahun di Malaysia dikenalpasti mempunyai berat badan berlebihan!
Manakala, lebih kurang 12% kanak-kanak dan remaja berumur dibawah 18 tahun pula diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan atau obesiti! Ha, ini yang nak cerita lebih ni!
Kenapa gula tambahan tidak elok untuk si manja?
Gula tambahan boleh meningkatkan kemungkinan obesiti dan mengakibatkan kaviti pada gigi! Apabila gigi rosak dan sakit ia boleh mengakibatkan si manja kurang berselera.
Selain itu, ia juga memberikan kesan kepada deria rasa kanak-kanak di mana mereka akan lebih cenderung untuk memilih makanan yang lebih manis daripada makanan biasa.
Jadi kenapa berikan susu yang mempunyai gula tambahan sedangkan kanak-kanak tak perlukan pun!
Tak semua benda yang kita lebihkan ni bagus. Ada perkara kita perlu kurangkan atau tidak perlu langsung! Macam Anmum™ Essential ni! Susu Anmum™ Essential ni kalau anda nak tahu 0% gula tambahan tau. Kanak-kanak tidak perlukan gula tambahan. Sebab itulah orang kata, kurang lagi bagus, kalau tak ada terus lagi elok!
Anmum™ Essential adalah satu-satunya susu tepung rumusan kanak-kanak dengan 0% Gula Tambahan**100% kebaikan susu. Kini dengan Mind-Q connect, mengandungi DHA dan lebih* GA (Gangliosida).
Jadi ibu bapa, maksimumkan penghubungan sel-sel otak anak anda harini dengan interaksi bersama mereka dan pemakanan yang baik!
Maklumat lanjut anda boleh layari website Anmum™ Essential di sini!
*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa.
Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.
Di bawah Piawaian Pemakanan Australia New Zealand – Standard 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk serupa didefinasikan sebagai gula.
**berbanding susu formula dahulu