Cantik

Kulit Berkilat Bak Putih Telur Di Hari Raya Dengan Guna Aloe Vera & Timun Je

2.3K
SHARES

“Alamak, tak lama lagi nak raya tapi makin banyak pula jerawat naik dekat muka aku ni..”

Mempunyai kulit yang bersih, sihat dan berseri-seri tanpa cela adalah perkara yang diidamkan oleh setiap wanita dan juga lelaki. Tambah pula untuk Hari Raya yang bakal menjelang, mestilah anda mahu kelihatan cantik tanpa sebarang jerawat dan kulit kusam kan? Timun dan aloe vera sudah semestinya mempunyai ‘kekuatan’ untuk menjadikan kulit anda jadi seperti apa yang diidamkan. Jadi, apa kata gabungkan dua bahan ini untuk dapatkan kulit yang ‘flawless’ di Hari Raya nanti.

GEL TIMUN UNTUK DAPAT KULIT MACAM PUTIH TELUR

Gel timun ni sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam ni sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa dekat muka tu pun boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best. Gel timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?

Untuk yang ada masalah pori besar pun digalakkan untuk pakai gel timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.

Bahan-bahan

1/2 Timun

Alovera beli kat watson @ guardian

Penyagat

Cara penyediaan

1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.

2. Amik air timun, campur dengan alovera.

3. Masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Gel timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.

4. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka tak flawless lagi.

Video penuh

*Selamat mencuba!

Sumber : Nauf Safuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×