Euforia Bola 2026
Famili

Penerbangan Perubatan Doktor Udara Bertukar Tragedi, Ini Kronologi Nahas Helikopter Di Long Lellang

nahas helikopter

Satu penerbangan yang membawa pasukan perubatan ke pedalaman Sarawak berakhir dengan tragedi apabila nahas helikopter berlaku berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, Selasa.

Helikopter BO-105 berkenaan membawa lima individu termasuk seorang juruterbang ketika sedang mengendalikan penerbangan perkhidmatan Doktor Udara (FDS).

Baca juga: “Anak Saya Sihat”– Bapa Penuntut UiTM Sebak, Anak Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Sertai KKEC

NAHAS HELIKOPTER DI LONG LELLANG: APA KITA TAHU SETAKAT INI?

nahas helikopter

Gambar dimuat naik di akaun Threads @_.aimnsuhaimi pada Selasa, yang merupakan adik ipar kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq.

Kesemua mereka kemudian disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang terkorban ialah pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, juruterbang Kapten Zainol, penolong pegawai perubatan Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Berikut kronologi kejadian berdasarkan maklumat yang diumumkan pihak berkuasa dan agensi berkaitan setakat, 8 September 2026.

3.58 petang — CAAM terima makluman

  • Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima pemberitahuan mengenai kejadian daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan.
  • Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

4 petang — Keluarga Dr Ainul dimaklumkan

  • Keluarga Dr Ainul Baraah Kamaruddin menerima berita mengenai kematiannya pada petang berkenaan.
  • Adik iparnya, Nureez Mohd Pauzi, memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menghubungi suami Dr Ainul, Muhammad Faiz Abdul Malik, sekitar jam 4 petang untuk menyampaikan berita tersebut.

6 petang — Operasi SAR digerakkan

  • Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan susulan kejadian.
  • Status semua penumpang pesawat masih dalam siasatan.
  • Perjalanan pasukan ke lokasi nahas dijangka mengambil masa kira-kira 10 jam secara darat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi.
  • Usaha mendapatkan bantuan melalui udara turut berdepan kekangan apabila keadaan berjerebu menyebabkan helikopter dari Pangkalan Udara PDRM Kuching tidak dapat diterbangkan.
  • Penerbangan itu juga tidak mendapat kebenaran daripada CAAM.
  • Sementara pasukan keselamatan dalam perjalanan, operasi di lokasi bergantung kepada bantuan penduduk kampung, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta polis bantuan di STOLport Long Lellang.

Baca juga: Sikit Lagi Nak Kena Sakau RM10K! Tindakan Pantas Pemandu E-Hailing Selamatkan Nenek Dari ‘Love Scam’

nahas helikopter

Gambar Sinar Harian.

7.30 malam — KKM sahkan empat kakitangan kementerian

  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengesahkan helikopter FDS itu membawa empat kakitangan KKM bersama seorang juruterbang.
  • Empat kakitangan berkenaan terdiri daripada seorang pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.
  • KKM pada masa sama bekerjasama dengan pihak keselamatan, pasukan penyelamat serta agensi penerbangan bagi mendapatkan perkembangan terkini.
  • Kementerian turut menghubungi waris dan ahli keluarga mangsa untuk memberikan sokongan yang diperlukan.

8 malam — Syarikat aktifkan pelan kecemasan

  • Layang Layang Aerospace memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan kejadian membabitkan helikopter BO-105 berkenaan.
  • Pengurus syarikat, Kapten Shahdon Poong, berkata pelan tindak balas kecemasan sudah diaktifkan dan segala bantuan yang diperlukan sedang disediakan.

8 malam — Lima mangsa disahkan maut

  • Perkembangan paling menyayat hati datang apabila Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, mengesahkan juruterbang dan empat penumpang helikopter itu meninggal dunia.
  • Pengesahan tersebut dibuat berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.

Siasatan AAIB dijangka menjadi antara proses penting bagi menentukan punca sebenar kejadian, manakala perkembangan lanjut mengenai nahas itu akan bergantung kepada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×