Asuh

Kalau Anak Main Pasir Ajaib Ini, Mesti Lupa iPad! – Kinetic Sand Malaysia

770
reads
Kinetic Sand Malaysia - Anak Main Pasir Ajaib, Lupa iPad!

Pasir ini bukan pasir biasa. Ia dipanggil Kinetic Sand Malaysia. Maaf, bukan dari Malaysia, tetapi dari negara Sweden dan dibuat oleh syarikat Waba Fun. Fungsinya macam Play-Doh, cuma Play-Doh itu guna tanah liat. Namun Kinetic Sand ini guna bahan yang lain dengan komposisi 98% pasir.

Jenis

Di pasaran, ia mempunyai 2 jenis iaitu 1kg dan 5kg. Bagi kanak-kanak aktif, 1kg mungkin tidak cukup. Untuk membantu mereka bermain dengan penuh imaginasi dan kreativiti, lebih baik gunakan 5kg.

Review

Kinetic Sand Malaysia ini ialah pasir yang bergerak seperti kain. Bagus untuk pembangunan otak kanak-kanak dan pembangunan keupayaan motor. Tidak perlu main pasir di pantai lagi kerana main pasir ajaib boleh dilakukan di dalam rumah. Pasir ajaib ini tidak bersepah dan mudah dikemas.

Beli Online

Setakat ini, masih belum nampak Kinetic Sand Malaysia ini di pasaraya. Kebiasaanya, boleh beli Kinetic Sand ini secara online. Maaf, kami tidak pasti dengan harga kerana lain peniaga, lain harganya. Boleh cari di Google mahupun Facebook, di mana ramai penjual persendirian jual untuk pasaran Malaysia. Mungkin juga boleh cari di eBay Singapore.

Anak-anak pasti akan menyukainya dan minta bermain dengan Kinetic Sand Malaysia setiap hari. Ia berkualiti tinggi, pasir ini boleh dibentuk tanpa memerlukan air. Konsep ‘Do It Yourself’ atau Kinetic Sand DIY ini cukup menarik bagi kanak-kanak yang sukakan cabaran.

Tidak melekat pada tangan, usah risau kerana ia tidak akan mengotorkan tangan anak-anak. Acuan yang popular ialah acuan istana.

Cubalah!

Review Lain Dari Blogger

Untuk review dari blogger, boleh lawati girlish87. Baca review tanpa edit ini:

hari ni nak buat review sikit, salah satu education toys/ learning tools utk ayish iaitu Kinetic Sand (keluaran WABA Fun)…selama ni duk baca pasal kebaikan/kelebihan dia je, sekarang dah ada depan mata barulah boleh cerita kan?

Kebaikan:
1. boleh merangsang motor-skill anak2…alahhh kalau rajin pegi je bawak anak main pasir kat pantai hari2…hihi
2. melatih anak2 supaya lebih kretif sbb kinetic sand ni dia mudah dibentuk & boleh potong2…i yg tua ni pon ralit main tau…haha
3. gluten free- apa yg i faham, gluten free ni bebas kandungan protein kanji yg mana kita tahu gluten ni boleh buat badan gatal2, mata berair, ruam & cirit-birit utk sesetengah org…maksunya selamat la utk anak2 kita
4. tak kering- pasir ni sentiasa lembap tau & melekat2
5. merangsang deria anak2- maksudnya bila anak2 main pasir ni, dia akan gunakan semua deria dia termasuklah mulut…org ckp kinetic sand ni selamat kalau termasuk dlm mulut pon (tapi jgn la pulak sengaja bagi dia kunyah kan hahaha)

Keburukan:
1. diorang ni ckp tak bersepah kan? tapi sebenarnya pasir ni bersepah gak…jenuh gak i nak kutip balik…rasanya makin lama main mesti makin habis pasir ni…hahaha
2. melekat kat tangan…susah jugak nak tanggalkan, kena sabun baru boleh hilang, tak macam pasir pantai yg biasa…

apa2 pon kelebihan mengatasi kekurangan kan? kekurangan tu banyak part bersepah je la, mak2 ni memang kena gigih la bersihkan balik lepas anak main…abah i cukup marah kalau bawak pasir ni kat rumah dia, dia ckp habis berpasir satu rumah…hahahaha

i beli 1 kg je pon, harga RM90…wuuuu terasa gak la mahalnya utk pasir cmni…hubby cakap kutip je pasir kat pantai cherating tu…LOL

Yang Popular

To Top