Famili

Drama Samarinda Terbaharu ‘Khilaf Yang Tertulis’, Papar Konflik Isteri Terabai

18
SHARES
KHILAF YANG TERTULIS

Slot Samarinda, drama bersiri 15 episod ‘Khilaf Yang Tertulis’ arahan Jamal Khan dan Riza Baharudin bermula 27 Mei setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di TV3.

Drama ini mengisahkan tentang kesetiaan seorang isteri, Misha (Fasha Sandha) mula tercabar apabila kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya, Firdaus (Zamarul Hisham) yang jarang bersamanya atas faktor kerja. Hatinya tidak pernah menidakkan yang selama ini dia juga bahagia dengan mahligai keluarga yang telah dibina bersama.

KHILAF YANG TERTULIS, SLOT SAMARINDA TV3

KHILAF YANG TERTULIS

Kebahagiaan yang dikecapi bersama Firdaus sehingga mempunyai tiga orang cahaya mata, Yana (Puteri Balqis), Rizal (Danish Hazriq) dan Aman (Rafique Iskandar), masih membuat Misha masih merasa sunyi.

Apakah yang akan dilakukan Misha untuk membuang rasa kekosongan itu? Berjayakah keluarga ini menempuh konflik yang dihadapinya?

Konflik bermula apabila Yana mengesyorkan ibunya untuk aktif di laman sosial bagi mengurangkan rasa bosan bila ditinggalkan ayahnya untuk bekerja. Hubungan Yana dan ibunya sangat rapat dan Yana adalah satu-satunya anak perempuan yang sering mendengar luahan hati ibunya yang sudah lali dengan kehidupan yang sunyi selama berbelas-belas tahun.

Tanpa disangka, Misya yang semakin aktif buat live di media sosial itu berjaya menarik perhatian ramai pengikut menerusi perkongsian tentang kehidupannya yang sunyi.

Begitulah bermulanya titik perkenalan Misha dengan seorang pengikut media sosialnya, Nordin (Fadlan Hazim). Misha mula jatuh hati dengan Nordin kerana dia merasakan kehadiran Nordin itu berjaya mengisi kekosong dan kesunyiannya. Bermulalah babak-babak romantis antara Misya dan Nordin.

Namun, rasa bahagia Misha terhenti apabila menerima sebuah berita buruk mengenai suaminya. Ini membuatkan Misha rasa bersalah terhadap suaminya dan rasa sangat berdosa kerana pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki lain dan Misha mula dilanda kemurungan. Berjayakah Misha menggapai bahagia bersama anak-anaknya? Apakah kesudahan yang bakal menimpa Misha sekeluarga? Adakah kisah Misha dan Nordin berakhir hanya di situ?

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis di TV3 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×