Seorang wanita di laman Facebook membuka cerita mengenai majikan pukul pekerja yang melibatkan adiknya sehingga menyebabkan kecederaan.
Menurutnya, isu di tempat kerja seharusnya boleh diselesaikan melalui perbincangan atau tindakan pemecatan secara profesional tanpa perlu menggunakan kekerasan, terutamanya terhadap anak orang lain.
Baca juga: Pelajar UM Bangunkan Aplikasi ‘KelantanLingo’, Lebih Mudah Nak Faham & Belajar Dialek Kelantan
MAJIKAN PUKUL PEKERJA SAMPAI CEDERA, TAK MASUK AKAL

Dia turut menegaskan bahawa pekerja seperti adiknya yang menguruskan kedai dan membawa balik hasil jualan setiap hari tidak menerima bayaran yang setimpal dengan risiko yang dihadapi.
Difahamkan, majikan adiknya itu turut menampar, menumbuk di bahagian muka berkali-kali, menendang di bahagian dada dan serta peha sebelah kanan.
“Boss-boss, jangan cepat melenting dan cepat naik tangan pada staf. Benda boleh dibincang atau diberhentikan, tak payah nak naik tangan pada anak orang.
“Kalau kena pada anak sendiri baru awak tahu. Tak reti kena jasa ke? Kuli ini la yang urus kedai, bawa balik duit jualan hari-hari. Tak setimpal dengan gaji, awak bayar risiko bawa duit sale dari Pendang ke Alor Setar tanpa potongan EPF dan SOCSO,” luahnya.
Syifa memberi nasihat kepada orang ramai di luar sana agar berhati-hati dalam memilih pekerjaan dan elak syarikat berkenaan kerana risau perkara sebegini terjadi lagi.
“Semoga jadi pengajaran pada boss-boss dekat luar sana. Jangan ambil mudah! Hari ini adik saya yang kena, esok-esok tak tahu anak siapa pula dia bantai.
“Walaupun awak kaya, nyawa tak boleh beli dengan duit. Tak payah sebut sebab satu Malaysia tahu nama megah besar. Arab gangster,” katanya.
Baca juga: Ibu Hamil 8 Bulan Meninggal Dalam Senyuman, Suami Tak Sangka Isteri Sakit Seteruk Ini…
Sumber: Syifa Hani Afza
