Famili

Budak Perempuan Usia 7 Tahun Maut Disyaki Didera Ibu Bapa, Perut Cedera Kena Objek Tumpul

35
SHARES
kes dera kanak kanak

Kes dera kanak kanak di Malaysia merupakan antara kes jenayah yang sering mengundang amarah dan dapat perhatian. Mana tidaknya, siapa sahaja yang tergamak untuk melakukan kekerasan kepada anak kecil sehingga ada yang membawa maut!

Lebih mengejutkan orang ramai adalah, ada juga kes penderaan melibatkan ibu bapa kanak-kanak itu sendiri sebagai pelaku seperti kes terbaharu di mana seorang kanak-kanak berusia 7 tahun maut dipercayai didera ibu bapa pada 30 Januari 2025.

Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!

MAK AYAH DISYAKI TERLIBAT KES DERA KANAK KANAK USIA 7 TAHUN HINGGA MAUT

kes dera kanak kanak

Foto hiasan: Freepik

Menurut laporan Berita Harian, pasangan suami isteri itu telah ditahan kerana disyaki mendera anak mereka sehingga meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan dari Hospital Kajang berkaitan insiden itu jam 1.11 pagi.

Pihak hospital memaklumkan pasangan tersebut membawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di zon merah wad kecemasan Hospital Kajang.

Lebih menyedihkan adalah, hasil bedah siasat pada jam 12.30 tengah hari (semalam) mendapati terdapat banyak tanda kesan dera lama dan baharu pada fizikal mangsa.

“Punca kematian disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” ujarnya.

Tambah Ketua Polis Daerah Kajang ini,  ibu bapa mangsa yang berusia 38 dan 40-an ditahan polis bagi membantu siasatan selama enam hari sehingga 4 Februari. Menurutnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bukan itu sahaja, polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717.

*Semoga roh anak ini tenang dan mendapat pembelaan yang sepatutnya. Al-Fatihah…

Baca juga: Tanda Anak Didera Emosi Oleh Pengasuh, Tiba-Tiba Lari & Hilang Pun Satu Amaran Jelas!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×