Famili

Keputihan Ketika Hamil. Bahaya Atau Tidak?

53
SHARES
Keputihan ketika hamil

Keputihan merupakan masalah yang sering dihidapi oleh wanita di seluruh dunia. Kebanyakan wanita tidak ambil peduli akan bahaya keputihan ini. Termasuk juga saya. Namun setelah saya membaca satu info tentang barah rahim baru saya sedar yang penyakit keputihan ini merbahaya. Malah ia juga memberi risiko kepada ibu hamil. Lebih-lebih lagi wanita hamil akan berubah mood dan juga hormon. Penting untuk kita sebagai kaum wanita ambil tahu tentang bahaya, faktor dan cara merawati keputihan. Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan bacaan anda.

Apa itu keputihan?

Keputihan atau lelehan faraj merupakan lendir yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita. Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan aktiviti seksual. Ramai wanita menganggap keputihan merupakan petanda lazim sebelum haid.

Keputihan terbahagi kepada 2 jenis iaitu keputihan fisiologi dan keputihan patologis. Keputihan fisiologi biasanya normal dan tidak mendatangkan penyakit. Keputihan fisiologi selalunya berwarna putih dan tidak berbau. Namun berbeza dengan keputihan patologis. Keputihan patologik lebih bersifat kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau. Rujuk jadual di bawah untuk perbezaan antara keputihan fisiologi dan patologis.

 

Keputihan ketika hamil, adakah bahaya?

penyebab-keputihan

Sebahagian wanita menganggap keputihan adalah perkara normal namun jika tidak dirawat ia akan melarat sehingga membahayakan kesihatan. Jika anda sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil, anda perlu tahu akan bahaya dan risiko keputihan ini jika tidak dirawat lebih awal. Berikut merupakan beberapa risiko akibat penyakit keputihan yang serius.

1. Kehamilan luar rahim

Penyakit keputihan yang lewat ditangani bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan malah berpotensi untuk menyebabkan kehamilan luar rahim. Ini kerana persenyawaan berlaku di ruang tiup fallopian atau mana-mana bahagian luar uterus di mana ovum yang telah disenyawakan tidak mampu menempel di dinding rahim.

2. Kesukaran untuk hamil

Keputihan disebabkan jangkitan kuman penyakit kelamin seperti chlamydia, syphilis atau gonorrhoea akan menyebabkan saluran peranakan rosak dan mengalami kesukaran untuk hamil

3.Kelahiran pra-matang

Keputihan yang dibawa oleh chlamydia boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada bayi kerana pecahnya selaput ketuban sebelum waktunya.

4. Jangkitan mata

Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

5. Gangguan pernafasan kepada bayi

Masalah keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

 

Faktor yang menyumbang kepada keputihan

Berikut merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit keputihan

1. Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) adalah sangat penting. Pastikan ia dicuci dengan air yang bersih dan pastikan faraj kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Contohnya pengambilan ubat khasnya ubat antibiotik yang berlebihan untuk jangkamasa yang panjang menyebabkan bakteria semulajadi pada faraj mati. Selain itu mereka yang mengalami tekanan emosi cenderung menghasilkan hormon yang tidak seimbang. Ini juga menyumbang kepada penyakit keputihan

3. Gaya hidup

Gaya hidup seorang wanita amat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat amat cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit di bahagian faraj.

4. Kesihatan

Tahukah anda, wanita yang menghidap penyakit kencing manis amat mudah dijangkiti penyakit keputihan kerana kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj. Ini mengaktifkan pertumbuhan kulat yang banyak.

 

 Cara mengubati keputihan

Pengetahuan dan kesedaran awal akan bahaya keputihan adalah penting kepada kaum wanita. Ingat, mencegah lebih elok dari mengubati. Jom kita lihat cara pencegahan yang boleh diambil untuk mengubati keputihan ini.

1. Sentiasa memastikan faraj di dalam keadaan bersih dan kering

2. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa haid

3. Jangan menggunakan produk wangian atau semburan di kawasan faraj

4. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kuantiti gula yang tinggi

5. Basuh alat sulit dengan air yang bersih sebelum dan selepas hubungan seks

6. Menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner) ketika perlu sahaja. Elakkan penggunaan seluar dalam yang berfabrik satin dan yang terlalu ketat

7. Dapatkan nasihat doktor jika keputihan semakin teruk

 

Kesimpulan

Keputihan ketika hamil

Foto Kredit: tribunnews.com

 

Kebanyakan wanita tidak menyedari akan bahaya keputihan kerana ia menganggap ia adalah satu yang normal dan fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Cuma yang membezakan adalah keputihan tersebut normal atau tidak. Kita perlu ambil tahu dan peka akan kelainan kepada diri sendiri. Amalkan gaya hidup yang sihat, bersih dan bebas dari penyakit jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Sayangilah diri anda.

Sumber : www.myhealth.gov.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×