Kempen XTRA XSTAR merupakan satu inisiatif terbaharu dari portal XTRA yang bertujuan membuka peluang kepada bakat muda di Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam dunia nyanyian melalui platform media sosial.
Baca juga: Jom Undi Makanan Paling Best Di Malaysia, Mana Satu Jadi Pilihan Nasi Lemak Atau Roti Canai?
KEMPEN XTRA XSTAR CARI BAKAT BAHARU DALAM BIDANG NYANYIAN
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para bakat muda di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian.
Menurut Pengurus Kempen XTRA XSTAR merangkap Ketua Editor XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, pencarian bakat secara digital ini dijangka menarik minat ramai peserta yang bercita-cita tinggi untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air.
“Menerusi XTRA XSTAR, kami membuka peluang untuk semua pihak yang berbakat dan berminat untuk menjadi penyanyi. Menggunakan ruang digital seperti TikTok yang mempunyai pendekatan inovatif memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam menyampaikan persembahan nyanyian yang unik dan menarik,” jelasnya.
Peserta tanpa mengira umur dan bangsa, boleh menghantar penyertaan mereka bermula pada 2 September 2024. Seramai 20 peserta bertuah akan dipilih oleh juri profesional ke pusingan Top 20 dan bakal diundi oleh orang ramai. Di peringkat akhir, lima peserta Top 5 bakal bersaing untuk merebut gelaran juara.
“Bakal dijurikan oleh penyanyi profesional serta mereka yang berpengalaman dalam industri hiburan, peserta Top 5 bakal bersaing di pusingan akhir yang bakal diadakan secara langsung di akaun TikTok XTRA untuk memenangi hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents,” katanya.
Berikut adalah cara-cara mudah untuk menyertai XTRA XSTAR:
1. Rakam video nyanyian anda di TikTok. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2024
3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai XTRA XSTAR
4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman dan pengurusan.
5. Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, kualiti vokal dan keunikan persembahan mereka oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal serta penggiat industri muzik tanah air.
Selain itu, peminat juga berpeluang untuk menyokong peserta kegemaran mereka di pusingan Top 20 melalui undian yang akan dijalankan di portal XTRA dan lima peserta Top 5 dengan undian tertinggi bakal melangkah ke pusingan akhir.
Pemenang XTRA XSTAR berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.
Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X