Hebahan

Kempen Pacific West Fish Fry Day

25
SHARES

01

Dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk makan lebih banyak ikan untuk kesihatan yang lebih baik, jenama makanan dari Australia Pacific West, telah melancarkan kempen Fish Fry Day  yang akan berjalan dari bulan Jun sehingga Julai 2016. Objektif utama kempen ini adalah bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang manfaat makan ikan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu di samping memperkenalkan barangan ikan Pacific West kepada pengguna.

 

“Sebuah kajian oleh Infofish pada tahun 2014 mendedahkan bahawa rakyat Malaysia adalah di antara pengguna ikan tertinggi dunia, dengan setiap orang memakan sekurang-kurangnya 56.5kg ikan setiap tahun. Statistik ini jauh lebih lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 20kg, dan sedikit ke hadapan daripada Jepun. Ini menunjukkan rakyat Malaysia telah pun sedia maklum mengenai kepentingan diet yang tinggi dengan ikan, yang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Kempen Fish Fry Day kami adalah usaha korporat yang berterusan bagi mengingatkan rakyat Malaysia tentang tabiat sihat memakan ikan secara konsisten untuk kesihatan lebih baik,” ujar Encik Saw Lip Teik, Pengarah Pacific West Malaysia.

 

Bagi menguatkan lagi kempen ini, Pacific West telah menerbitkan sebuah koleksi buku resipi daripada chef-chef selebriti seperti personality Australia Peter Russell Clark; penyampai Astro TV, pemilik Yum Yum Publications dan penulis beberapa buah buku resipi Agnes Chang; hakim bagi World Association of Cooks’ Societies dari Afrika Selatan Garth Stroebel; Chef Zam dan Bryan Ong, beserta chef daripada Pacific West seperti Garry Edson, Mario Bruno, Neil Cane, James Semple dan MC Leong. Chef-chef tersebut telah membangunkan resipi mereka yang tersendiri dengan menggunakan ikan sebagai bahan utama dengan langkah-langkah yang sungguh mudah. Salinan buku resipi tersebut akan diedarkan pada siri jelajah Pacific West seluruh Negara dari bulan Jun sehingga Julai 2016. Di samping buku tersebut, resipi-resipi menarik ini dan bermacam-macam lagi boleh didapati secara atas talian di laman web Pacific West (www.pacificwestfoods.com), Facebook page (Pacific West Malaysia), dan YouTube (Pacific West).

 

04

Bagi pelanggan yang membeli barangan ikan Pacific West bernilai RM50 ke atas di dalam sebuah resit dari mana-mana kedai runcit di sepanjang kempen tersebut akan berpeluang untuk memenangi makeover dapur dari Verra Kitchen yang bernilai RM15,000. 10 hadiah saguhati juga disediakan – baucar bernilai RM1,000 daripada Verra Kitchen dan barangan Pacific West bernilai RM100 setiap satu.

 

Menerusi kempen Fish Fry Day, Pacific West telah menaja barangan ikan bernilai RM60,000 ke tiga buah rumah anak yatim – Children’s Protection Society (CPS) dan Shan’s Children Home di Penang, dan House of Joy di Kuala Lumpur. Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab social korporat, penajaan ini bukan sahaja memperkenalkan kebaikan barangan Pacific West kepada kanak-kanak, tetapi ia juga mendedahkan mereka tentang kebaikan makan ikan dan pemakanan sihat sebagai sebahagian daripada diet mereka. Nilai tajaan tersebut boleh menampung 17,000 masakan kepada tiga buah rumah tersebut, menghidangkan 130 kanak-kanak dengan ikan yang sihat dan enak.

 

02

Personaliti terkenal seperti model fitness Malaysia Jordan Yeoh turut berperanan bagi menyedarkan orang ramai mengenai Fish Fry Day dengan berkongsi tips-tips dan idea-idea memasak di rangkaian social media dengan menggunakan hashtag #PacificWestFishFryDay sepanjang tempoh kempen tersebut.

 

“Kami berharap kempen Fish Fry Day akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih ikan sebagai sumber utama protein di dalam makanan mereka. Buku resipi kami dan komuniti atas talian adalah sumber permulaan terbaik bagi mereka yang memerlukan cadangan dan idea-idea untuk memasak ikan dengan cara yang mudah dan cepat”, ujar Saw. “Pacific West adalah jenama terkemuka di seluruh dunia yang dipercayai.”

 

03

Barangan Pacific West boleh didapati di kedai-kedai runcit seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang kempen Fish Fry Day dan jenama tersebut, sila layari laman web www.pacificwestfoods.com. Untuk pertanyaan media, sila hubungi Paul Loo (卢扬波) di talian 012-597 7418 / Janey Tan (陈丽英) di talian 012-476 4989 atau layari laman Facebook rasmi Pacific West Malaysia : www.fb.com/pacificwest.my.

pacific west logo

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Pacific West

Since its inception in Australia in 1995, Pacific West has evolved over time to become a caring household seafood brand name that exudes friendliness and warmth. It evokes a vibrant calibration that gels well with the cosmopolitan lifestyle of the people who enjoy good food and good health. Enjoyed by millions of household in the world, Pacific West’s range of products has become a family’s choice as a result of its unique attributes. The company derives even greater passion and aspirations to embrace continuous product innovations and development to give customers the best culinary experience one could expect. As a premium brand of Golden Fresh, Pacific West is widely available in the Asia Pacific Region, Europe, South Africa, New Zealand and the Middle East. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×