Famili

Jangan ‘Pening’ Bila Si Kecil Pilih Baju Sendiri. Ini 5 Kelebihannya Buat Mereka

83
SHARES

Mama, Alia tak nak pakai baju ni… Nak baju purple tu…”

Bila anak dah masuk umur 3-4 tahun, mesti ramai yang dah mula nak mix and match dan pilih baju mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita tak kisahlah kalau tak pergi mana-mana. Tapi kadang-kadang pening kepala tengok padanan anak-anak yang ‘tak berapa nak padan’ pada pandangan kita orang dewasa.

Sebenarnya, ada banyak kelebihan kalau sekali-sekala kita beri peluang pada anak untuk menyuai padan pakaian mereka sendiri.

5 Kelebihan Memilih Pakaian Sendiri Buat Si Kecil

Berikut adalah antara kelebihan memberi si kecil membuat pilihan sendiri dalam berfesyen.

1. Membantu Mengekspresikan Pendapat Dengan Konfiden

Bagi kita, soal memilih pakaian mungkin hal yang kecil. Tapi, ia adalah sebuah peluang yang besar buat anak-anak ini untuk membuat pilihan sendiri dan mengekspresikan gaya masing-masing. Malah, ia mungkin satu-satunya peluang bagi mereka menentukan sesuatu buat diri mereka.

Jika pilihan mereka berlainan daripada kita, apa salahnya. Biar mereka cuba dan berasa konfiden dengan pilihan sendiri.

Foto Kredit: chd.org

2. Melatih Si Kecil Berasa Selesa Dengan Diri Sendiri

Mungkin sukar untuk kita menjelaskan pada seorang anak kecil supaya menjadi diri sendiri. Namun, dengan memberi peluang untuk mereka memilih apa yang patut dipakai, anda telahpun menggalakkan mereka untuk berasa selesa dengan diri sendiri.

Kalau mereka nak pakai baju Princess, Didi, atau Batman sepanjang hari, berilah mereka peluang berbuat demikian. Fasa ini biasanya sementara saja. Lagipun, bila dah besar nanti biasanya tak ada lagi peluang begini, bukan?

superhero anak 1

Foto Kredit: coolprogeny.com

3. Tak Membazir

Ada sesetengah pakaian yang kita beli memang cantik. Tapi kebanyakan masa ia tersimpan saja dalam almari. Mungkin anak tak selesa, tak minat dengan stailnya, atau rasa tak kena dengan gaya mereka.

Kalau sekali-sekala kita biarkan anak memilih pakaian yang mereka suka, dah tentu mereka akan memakainya dengan kerap. Sampai ada yang nak pakai hari-hari. Bila basuh, tak sempat lipat dan terus nak pakai lagi. Berbaloilah kan?

Foto Kredit: kukuriku.ru

4. Ia Menyeronokkan!

Berpakaian patut menjadi sebuah rutin yang seronok setiap hari. Dengan pelbagai fesyen masa kini, tidak salah kita biarkan anak bergaya asalkan kena dengan nilai kesopanan dan bajet kita.

Apabila kita memerhatikan cara mereka berpakaian hari demi hari, kita akan mendapati mereka mempunyai personaliti yang tersendiri. Bahkan, kita seolah-olah mengenali mereka daripada satu sudut yang lain!

5. Mereka Sedang Mencipta Memori Yang Indah

Anak-anak kecil biasanya memang berani berfesyen. Yalah, mereka masih belum faham apa-apa tentang kecaman orang sekeliling. Jiwa mereka masih suci dan tidak memikirkan tentang pendapat orang lain terhadap mereka.

Walaupun fesyen mereka nampak ala datin-datin, atau terlalu over walaupun setakat nak pergi ke kedai runcit, biarkan. Mungkin mereka juga mahu mencipta memori indah yang bakal diingati selamanya. Mama dan Papa, keluarkan kamera dan ambillah gambar mereka untuk diabadikan sebagai kenangan.

Foto Kredit: vb.shbab5.com

Mama & Papa Boleh Bantu Anak Buat Pilihan

Yang penting, fokuskan pada keselesaan anak semasa membeli pakaian. Tidak perlu terlalu tegas dalam hal menutup aurat, dan janganlah pula asyik membiasakan mereka dengan pakaian seksi.

Jika pilihan anak nampak keterlaluan, hadkan pilihan anak kepada 3-4 helai baju yang anda pilih terlebih dahulu. Dengan cara ini, anak anda tetap akan berasa gembira kerana diberi peluang untuk memilih.

Apa yang mereka lihat juga memainkan peranan dalam pemilihan pakaian mereka, oleh itu pastikan ibu bapa sentiasa alert dalam mendedahkan anak-anak kepada bahan tontonan dan media yang sesuai.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×