Cantik

Kecutkan Jerawat Tanpa Tinggalkan Parut Dengan Hanya Guna Timun Dan Serbuk Kunyit Je!

210
SHARES

“Alamak! Jerawat naik lagi, nanti bila dah kecut mesti tinggalkan parut jerawat. Macam mana nak buat ni?”

Kesan parut jerawat memang akan buat sesiapa sahaja menjadi kurang yakin dengan diri sendiri. Mana tidaknya, nak berdepan dengan orang, mesti nanti orang tegur kenapa muka berjerawat. Oleh itu, jangan risau lagi kerana anda boleh cuba petua berkesan menggunakan timun dan kunyit ini untuk kecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut!

http://www.nurizzat.my/

PETUA BERKESAN KECUTKAN JERAWAT TANPA PARUT

Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea. Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha

Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut. Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.

Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.

1. Parutkan timun

2. Campur bersama kunyit

3. Gaulkan sehingga sebati

4. Inilah hasilnya. Boleh letak di wajah anda.

-Video demonstrasi untuk panduan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Nauf Safuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×