Famili

[Video] Jom Simpan, Untung Badan Dapat Hadiah Lumayan!

5
SHARES

Bila kita dah masuk alam pekerjaan ni, makin banyak tanggungan yang ada. Terutamanya anda yang dah berumah tangga, lagi berganda. Jadi, tak hairanlah jika anda bijak membahagikan gaji bulanan untuk belanja barangan keperluan, bayar bil dan simpanan.

Sentuh tentang simpanan ni, tak semua orang mampu membuat simpanan terutamanya mereka yang baru dapat pekerjaan.

Admin nak kongsikan tips menyimpan yang boleh bantu anda bila perlu. Apa yang admin buat hanyalah dengan membuka akaun SSPN. Kenapa pilih SSPN? Kerana ada tawaran pakej simpanan mampu milik tau!

Ada pengecualian cukai sehingga RM8,000!

Yang bagusnya bila ada akaun SSPN, anda akan mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000. Tapi, jika anda tidak declare cukai, tak dapatlah pelepasan taksiran cukai ni.

Banyak tau kelebihan yang anda boleh dapat selepas membuat pengisytiharan cukai pendapatan. Tak percaya, tengok video ni.

Insentif yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini adalah untuk memberi galakan kepada ibu bapa agar terus membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka. 

Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020

PTPTN telah melancarkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus pada Julai 2020 yang lalu.

Cabutan WOW! adalah promosi istimewa dan sinonim dengan SSPN-i Plus semenjak produk ini diwujudkan pada tahun 2015. Cabutan WOW! juga merupakan penghargaan di atas kesetiaan pendeposit yang setia membuat simpanan dalam SSPN-i Plus dan juga kepada pendeposit baharu SSPN-i Plus.

Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi tahun 2020 terdiri daripada dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM1 juta.

Hadiah utama Cabutan Tahunan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line. Hadiah Cabutan Bulanan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 pula berupa wang tunai.

PTPTN menyeru agar rakyat Malaysia terus menjadikan SSPN sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi selaras dengan usaha Kerajaan memberikan manfaat penabungan melalui insentif Belanjawan 2021 ini. 

Jom menabung dengan SSPN!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×