Famili

Jom Nikmati Juadah Berbuka BBQ Menjilat Jari Di Pearl International Hotel Kuala Lumpur! Ada Promosi Tau!

11.5K
SHARES

Siapa sini suka hidangan BBQ? Kalau ada orang panggang ayam atau daging mesti anda sudah dapat hidu bau dari jauh kan? Rasa hangit dan bakar itu yang membuatkannya sedap. Tetapi, sepanjang admin mencuba hidangan BBQ, ini antara yang paling sedap. Anda mahu tahu di mana?

Hanya yang terbaik di Pearl International Hotel Kuala Lumpur!

Pearl International Hotel Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama menawarkan bufet berbuka puasa sempena Ramadan yang mengetengahkan juadah BBQ dari ayam, daging kambing, ikan dan pilihan makanan laut antaranya sotong, udang, ikan salmon serta banyak lagi!

Lebih 200 juadah ditawarkan pada harga RM65 jika anda menempah awal. Lagi hebat, mereka turut mengadakan promosi beli 10 percuma 3 pada harga RM50 untuk satu orang, jimat kan? Boleh ajak kawan, teman dan rakan pejabat berbuka puasa sama ramai-ramai di sini!

Stok segar datang setiap hari!

Kalau anda datang makan berbuka di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, anda pasti rasai kesegaran setiap item yang dipanggang kerana stok akan datang setiap hari. Kebanyakan sumber adalah produk tempatan yang mana kita tahu sentiasa segar dan import untuk sesetengah item seperti ikan salmon dari luar negara.

Bukan BBQ seafood saja, ayam, ikan dan daging pun ada. Memang terbaik!

Kalau melihat pada gif di atas, terdapat udang, sotong, ikan, ayam dan daging untuk pilihan BBQ boleh dipadankan bersama sos istimewa. Jika anda sukakan hidangan shell-out, terdapat udang, sotong dan mentarang yang sudah dimasak siap bersama kuah sedikit pedas, pasti menaikkan selera anda. Rasa kuahnya pun boleh tahan!

Saat admin mencuba makanan laut BBQ pada gigitan pertama, memang terasa bahan perap yang digunakan sememangnya rempah ratus asli dan dipanggang cara tradisional dengan kepakaran tukang masak berpengalaman. Satu yang anda patut kagumi di sini, setiap makanan laut yang disajikan bersaiz lebih besar berbanding di luar, sememangnya memuaskan!

Ayam bakar pun ada!

Ikan salmon dan ikan siakap bakar pun ada!

Kambing golek pun ada!

BBQ tidak mencukupi? Pelbagai juadah lain boleh dicuba!

Pearl International Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan gabungan juadah ala Barat, Cina, Melayu dan India untuk anda. Mereka mahu pelanggan yang berbuka dapat merasai pelbagai suasana dan keistimewaan makanan dari semua budaya. Antara yang boleh dicuba, spageti carbonara, bolognese, aglio olio, nasi beriyani, ayam percik serta pelbagai lauk-pauk dari jenis daging, ikan hinggalah sayur yang menyelerakan!

Ini bermakna, anda boleh menikmati semua jenis makanan dari pelbagai budaya pada masa yang sama dan di bawah satu bumbung. Berbaloi kan? Mana nak dapat keistimewaan macam ni?

Kuih-kuih tradisional dan pencuci mulut mengakhiri sesi makan anda

Kalau anda penggemar kuih tradisional, memang patut anda berbuka di Pearl International Hotel Kuala Lumpur. Pelbagai jenis kuih memikat selera dari tradisional hinggalah yang sedang trend masa kini dan pencuci mulut antaranya ais krim, kek dan biskut pasti memberikan rasa menyenangkan selepas makan.

Jadi, apa anda tunggu lagi? Segera tempah tempat duduk anda, hubungi 03-79831111 (ext 3203/3205) sebelum terlambat atau layari Facebook Pearl International Hotel Kuala Lumpur.

Buat anda yang belum pernah ke sini, Pearl International Hotel Kuala Lumpur hanya terletak 6km dari pusat beli-belah Mid Valley Megamall. Jika anda nak ke sini naik pengangkutan awam, KTM terdekat adalah stesen Petaling. Jika anda memandu, ikut arahan Waze. Untuk lokasi di peta Google, boleh rujuk di SINI.

Selamat berbuka puasa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×