Famili

Grab Tawar Pakej Umrah Secara Percuma, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

382
SHARES

Bulan Ramadan telah menjelma. Selain menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, setiap muslim wajib menunaikan ibadah haji ketika mampu. Bagi mereka yang tidak mampu, umrah adalah alternatif yang dianjurkan.

Umrah dilakukan dengan mengunjungi Masjidil Haram di Makkah pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat tertentu. Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’.

Sempena Ramadan dan Raya pada tahun ini, Grab sedang mengadakan tawaran terbaik buat mereka yang teringin menunaikan umrah.

Sertai Cabaran Ramadan Grab 2024 dengan tawaran pakej umrah

Setiap kali Ramadan tiba, Grab akan mengadakan Cabaran Ramadan buat penggunanya. Kali ini untuk Cabaran Ramadan Grab 2024, Grab menawarkan hadiah menarik iaitu 5 pasang pakej Umrah.

Caranya, pengguna perlu menggunakan kod promosi [UMRAHGRAB] melalui perkhidmatan Grab iaitu GrabFood, GrabCar dan GrabMart untuk mendaftar peraduan ini.

Setiap transaksi adalah untuk 1 penyertaan, tetapi jika anda menggunakan kod promo ini bersama-sama dengan GrabFood Group Order, anda akan mendapat 3X penyertaan.

Pengguna yang disenarai pendek perlu menjawab soalan dengan betul (respon terpantas) untuk memenangi pakej Umrah.

Antara kelebihan mengapa kita perlu menunaikan umrah

Jika diberi kemudahan, kesihatan dan keberkatan umur, anda pasti bersemangat untuk mengerjakan umrah yang mempunyai banyak kebaikannya.

Berikut adalah antara kelebihan menunaikan umrah yang perlu anda tahu.

KELEBIHAN MENUNAIKAN UMRAH

  • Menjadi tetamu Allah.

  • Pahala dan ganjaran dilipatkangandakan.

  • Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan umrah.

  • Pahala umrah bulan Ramadan menyamai ibadah haji.

  • Menghilangkan dosa dan kefakiran.

  • Diwajibkan walaupun sekali (jika mampu).

  • Penghapusan dosa.

Setelah memahami kelebihan menunaikan umrah, dapat dilihat bahawa manfaat dan keberkatannya sangat berguna untuk kita meraih ketenangan batin yang hakiki.

Oleh itu, anda perlu gunakan peluang tawaran pakej umrah secara percuma yang diberikan oleh Grab dengan sebaiknya.

Tukar GrabRewards sebagai sumbangan amal sempena Ramadan & Raya ini

Berita baik buat anda yang mahu membuat sumbangan amal kepada mereka yang memerlukan. Grab dengan berbesar hati ingin menjemput anda untuk meneruskan amal kebajikan sempena bulan Ramadan dan Raya.

Dalam inisiatif ini, anda boleh menukar GrabRewards sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti. Grab akan memadan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Raya ini.

Anda boleh gunakan aplikasi Grab untuk pelbagai tujuan sewaktu Ramadan dan Raya ini.

Selain pesan makanan atau barang dapur untuk juadah sahur, buka puasa dan raya, anda juga boleh tempah perjalanan ke jamuan berbuka puasa dan raya. Bukan setakat bayaran bil, malah anda juga boleh online shopping untuk kelengkapan raya. Syoknya!

Jom gunakan aplikasi Grab untuk Ramadan dan Raya ini dengan sebaiknya. Manalah tahu ada rezeki anda untuk menunaikan umrah pada tahun ini. Sambil-sambil itu anda boleh beramal!

Untuk info lebih lanjut tentang tawaran yang ada di Grab sempena Ramadan dan Raya tahun ini, anda boleh klik SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×