Percutian

Jangan Lepaskan Peluang Ke Starlight Festival Genting Highlands, Seronok Tengok Lampu!

13
SHARES

Tak lengkap rasanya percutian kalau tak pernah mengunjungi Genting Highlands. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi antaranya Genting Highlands Theme Park dan paling terbaharu ialah Starlight Festival Genting Highlands.

Starlight Festival kembali di Resorts World Genting untuk tiga hujung minggu sahaja. Berlangsung secara eksklusif di Central Park dan Madison Square.

Baca juga: Ada Plan Nak Ke Genting Skyworld? Ini 8 Tips Supaya Perjalanan Anda ‘Smooth’…

JANGAN LEPASKAN PELUANG KE STARLIGHT FESTIVAL GENTING HIGHLANDS

Ada festival yang berlangsung di Genting Highlands dibuka sehingga tengah malam. Paling menarik sekali kemasukan adalah percuma.

Pelbagai aktiviti menyeronokkan menanti anda seperti persembahan jalanan, pertunjukan air pancut, gerai, permainan kemahiran dan banyak lagi aktiviti menarik menanti anda.

Tonton persembahan muzik yang dibawakan kepada anda oleh artis tempatan, dengan barisan berbeza setiap hujung minggu. Ia adalah tempat yang sesuai untuk berehat bersama keluarga dan rakan anda!

– Starlight Festival @ Resorts World Genting

– Madison Square & Central Park (Masuk melalui SkyAvenue Gateway)

– 29/9-1/10, 6-8/10, 13-15/10/2022

– Masuk Percuma. Bermula 6 petang dan seterusnya

Jom beramai-ramai meriahkan festival ini.

Sumber: Facebook Travel Rookie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×