Didik

KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7 Khusus Untuk Calon SPM

10
SHARES

Sebagai langkah untuk memantapkan lagi sistem Pembelajaran di Rumah (PdPR), Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam menghasilkan pelbagai kemudahan buat murid dan guru-guru. Ini juga termasuklah program TV Pendidikan yang sudah sedia ada dalam beberapa siaran TV di dalam negara.

KPM TAMBAH SLOT TV PENDIDIKAN DI NTV7

Untuk pengetahuan anda, mulai 27 Januari 2021 KPM telah  menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Slot ini memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

Slot tambahan ini melibatkan dua (2) jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah lima (5) jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan sepanjang 2021.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×