Famili

Itinerari Lengkap Bercuti 5 Hari 4 Malam Ke Kundasang & Kota Kinabalu Bersama Anak Kecil

23.6K
SHARES

Sabah merupakan Negeri Di Bawah Bayu yang sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik dan tempat-tempat yang menarik. Setiap tahun, pasti ramai yang melancong ke Sabah untuk melawat dan menikmati udaranya yang segar. Jadi, ibu ini telah kongsi itinerarinya sepanjang berada di Kota Kinabalu dan Kundasang bersama anak kecil supaya ibu bapa lebih bersedia.

TRIP KE SABAH 5 HARI 4 MALAM BERSAMA 2 ANAK KECIL

Kita baru balik Sabah Selasa lepas. so ramai minta itinerary dan tips. Ada yang mintak tips bawak baby travel and bawak baby naik flight, tips nak bagi baby makan mase travel. So kita share yang mane mampu taip ya.

Okey trip Sabah ni kita pergi 5 hari 4 malam dengan kawan baik aka jiran depan rumah, Saidah Amirah . FYI, kita bawak seorang baby and sorang suami. And beliau pon same. Cuma bezanya Al Fatih (9months) ni fully BF and Hasya Iman (8months) ni fully FM. Alhamdulillah kami dikurniakan baby yang senang diurus masa travel asalkan perut diorang kenyang + selesa so diorang tak meragam. Haha. So takde alasan cakap bawak anak kecik berjalan is leceh bla bla bla. Asalkan korang pandai manage, diorang is fine. Yang penting husband kene sama-sama tolong urus ape yang patut, bukan tolong tengok OK. Haha. Kalau setakat tolong tengok, lupakanlah hasrat nak travel bawak baby tu.

ITINERARI LENGKAP

Basically post ni bukan nak share pasal bajet, actually nak share pasal itinerary and tips. So kat sini kita share kos-kos yang asas je ye.

1.Hotel kat Kundasang: Ayana Hotel Resort

2.Hotel kat Kota Kinabalu: Hotel Promenade

-Kereta saga 5hari ( rm 440 )

-Pakej 3 pulau (Rm55 termasuk tax / person)

-Dairy farm (RM5/person)

-Fish Spa ( RM 5/person)

-Kinabalu Park (RM 3 / person)

-Dinner Seafood 2malam untuk 4orang = RM340 ( Restoran Nadirasa Delight and Gerai Ummi & family)

JADUAL PERJALANAN

HARI 1

-Sampai KK, ambil kereta sewa, makan dan solat. Terus pergi Kundasang, check-in hotel Ayana Hotel. Jalan-jalan area Kundasang, makan malam Kat restoran Panataran depan Kinabalu park. Balik hotel rehat.

HARI 2

-Sebelum pukul 8pagi dah bertolak ke Desa Dairy farm, terus brunch (breakfast+lunch) kat sana. Dah puas bergambar, gerak ke fish spa Tagal Sungai Moroli. Crystal Hill, ambil gambar. Pasar sayur dan buah-buahan Kundasang, beli banyak makanan (kepak ayam madu+durian is wajib) sebab nak picnic kat balkoni depan bilik hotel. Haha. Balik, picnic kat balkoni depan bilik, tidur.

HARI 3

– Awal pagi pergi ke Kinabalu Park, kami naik atas sampai ke tempat untuk mula mendaki sana. Lunch dekat restoran panataran. Balik ke KK, singgah solat di masjid terapung. Pergi Jesselton beli tiket ke pulau untuk esok. Check in hotel Promenade, makan seafood Nadirasa Delight. Jalan-jalan pasar malam Philiphines survey.

HARI 4

– Bergerak ke 3 pulau (Sapi, Manukan, Mamutik) jam 9 pagi sampai jam 3petang. Balik pulau terus mandi siap-siap kat hotel and terus dinner makan seafood Kedai Ummi and Family
– Jalan pasar malam philiphines lagi. Kali ni terus shopping habiskan duit. Haha

HARI 5

-Bersiap pergi ke airport sebab tiket flight balik jam 10:10am.

TIPS KE SABAH

1.Buat itinerary pergi ke Sabah. Actually dalam jadual ada je rabbit farm hamster farm, tu semua tapi kami malas nak pegi sebab panas bawak baby so pegi tempat-tempat yang asas-asas je gituu. Boleh refer planned itinerary kami dalam gambar.

2.Booking hotel awal-awal , kereta sewa semua. Sewa kereta kite sewa dengan abang ni 014-3755764. Sangatlah bersih wangi keretanya mase kami dapat. Hehe.

3.Pergi Kundasang dulu baru turun KK so tak terkejar sangat nak balik. Kalau boleh beli tiket flight pagi so sampai KK tengah hari boleh terus ke Kundasang. Sebab Kundasang dalam pukul 6petang dah start nak gelap dan jalannya sangat lah berkabus.

4.Makanan kat Kundasang is so so. Tak tahu la sebab kitorang tak sempat explore ke apa. Mahal tapi don’t expect too much on the taste. Sepinggan RM10 is normal for nasi goreng biasa. Kuantiti tak banyak mana pon, kita boleh habiskan sorang. Jadi kami rasa Restoran Panataran je yang okay la masakan panasnya. Restoran ni dekat depan Kinabalu Park. Kalau dari Ayana Hotel dalam 3 minit je naik kereta.

BAWA BAYI TRAVEL NAIK FLIGHT

1.Pastikan first-aid semua complete letak dalam satu box. List first aid untuk baby boleh google or boleh tengok kat insta kita ade post pasal ni.

2.Kalau baby dah boleh makan, bawak electric lunch box (ELB) boleh masak bubur baby. Serius mudah sangat nak guna dalam bilik hotel. Bangun pagi-pagi setiap hari, terus masak bubur, sementara tggu bubur masak boleh mandi-mandi siap-siap. Bubur dalam 30 minit dah masak. Kita bawa homemade anchovies powder dan chicken powder sekali. Jadi, senang nak masak bubur Hasya. Ummiy is cerewet sikit bab makan minum Hasya Iman so semua made by air tangan ummiy. Untuk breakfast baby pulak boleh bawak organic oat powder, lenyek-lenyek dengan pisang campur susu formula. Jadi Hasya enjoy her breakfast dengan lajunya.

3.Tips bawak Hasya naik flight pula senang je. Actually ni bukan first flight Hasya. Hasya dah naik flight since dia 4months lagi. Prepare kan susunya masa nak take off sebotol dan masa nak landing sebotol. Jangan bagi dia sleep sebelum naik flight, bagi dia mengantuk puas-puas dulu so dalam flight dia boleh tidur sampai lah masa nak landing. Perjalanan 2 jam, 2 jam la Hasya sleep dalam flight. Susu pulak bagi dia minum sebelum nak take off dan landing bagi elak telinga dia berdesing. Kalau dia taknak tidur, standby la toys ke atau makanan dia boleh kunyah-kunyah bagi hilang boring like pisang or buah-buah lain.

4.Ada yang tanya mana lagi senang bawak stroller atau baby carrier? Saya bawa dua-dua sebab kalau baby sleep, dia boleh sleep dalam stroller dengan selesa. So kalau baby cukup tidur, dia takkan meragam. Ni pon tips sebenarnya. Kalau carrier pulak penting pakai mase dalam boat nak pegi travel ke pulau-pulau takut baby terbang kene angin kuat. Jadi, mommies beli la stroller yang mesra travel and mesra cabin ok.

PEKAN NABALU

Sampai di Kundasang jumpa Pekan Nabalu, Kat sini boleh la nak tengok-tengok barang kraf…ada macam-macam hasil kraf.

AYANA HOTEL

-Kami stay di sini masa di Kundasang. For me, bilik diorang is okay sangat sesuai dgn harga. Bilik air besar, boleh la buat Hasya merangkak dalam tu. Hotel ni antara hotel paling bawah bawah kat kaki gunung, jadi nak compare dengan hotel-hotel yang lagi atas sane, kitorg ambil hotel ni dengan niat supaya tak rasa sejuk sangat sebab bawa baby. Tapi pukul 5.30 petang dah rasa kabus-kabus sejuk meriah tampar pipi. So rasanya hotel-hotel yang lagi atas tu macam mana sejuknya?

PEKAN KUNDASANG

-Jalan-jalan pasar sayur dan buah buahan. Segar tepi-tepi jalan tu, macam-macam ada macam pasar Cameron tu. Tapi kami tak beli apa-apa pon sebab malas nak menyimpan.

-Kepak ayam madu famous area Kundasang Warl Memories. Kat sini ada kedai banyak-banyak jual makanan gitu macam pasar malam kita. Tapi dia pagi dah start buka dalam pukul 9 dan tutup dalam pukul 5.30 petang. Ada satu kedai tu je jual kepak ayam madu+pedal semua tu. Serius sedap!

DESA DAIRY FARM

-Pukul 7.30 pagi lagi dah bertolak pergi Desa Dairy Farm. Farm ni buka pukul 8. Better pergi awal sebab kalau tengah hari dah ramai orang dan susah nak amik gambar private. Dalam pukul 10 atau 11 pagi macam tu dah start kabus lalu tutup view puncak kinabalu tuu.

-Bayaran masuk RM5 seorang. Jangan lupa makan aiskrim Gelato dengan minum susu fresh. For me, aiskrim tu beli satu share 2 orang cukup dah buat rasa-rasa. GELATO satu RM5. Susu dia kotak besar tu RM7 satu.

TAGAL FISH SPA

Ikan kelah bayaran rm3 seorang, disini kita boleh letak kaki biar ikan main-main sambil buat rawatan spa kat kaki. Kalau siapa yang berminat untuk mandi bersama ikan pon boleh. This is Hasya favourite place. Kemain dia suka ikan gigit-gigit manja kakinya. Wajib datang sini walaupon jauh sikit. Jarak dalam 30atau 40minit dari Desa Dairy Farm tu.

KOLAM AIR PANAS PORING

Kami tak singgah sini pon sebab tak ada hati nak mandi air panas. Jadi kat sini ada kolam air panas, boleh rendam-rendam kaki gitu. Ada canopy walk kalau tak silap. Jadi kami bawak baby, memang tak lah nak canopy walk bagai. Jadi tunggu Hasya dah besar sikit baru kita datang sini lagi.

CRISTAL HILL

Jalan ke atas dugaan betul. Kami nyaris-nyaris tak sampai atas sebab jalan memang tak elok dengan kiri kanan hutan. Tak tahu pun apa ada atas saja try nak habiskan masa. Rupanya bile sampai atas, view dia sangat menggoda jiwa. Sini sebenarnya Hotel, siapa nak berbulan madu sesuai sangat.

KINABALU PARK

Bayaran masuk RM3 sorang. Masuk bawa kereta ok tak payah rajin sangat berjalan sebab sangat lah jauh nak sampai checkpoint tu. Kat sini view memang cantik sebab nampak gunung Kinabalu depan mata. Drive naik sampai atas tempat orang start nak mendaki tu. Jalannya pon boleh tahan sunyi tapi bila sampai atas Subhanallah. Dia ada 2 checkpoint. Checkpoint satu, tempat amik gambar background gunung Kinabalu. Checkpoint 2 tempat orang nak mula mendaki. Gigih kan kami naik dengan baby sampai checkpoint 2. Tapi naik bawa kereta la.

PASAR MALAM FILIPIN

-Kawasan dia berhampiran dan berdepan dengan pasar Filipin tu je, yang membezakannya sini buka malam sahaja dari jam 7. Kami tak pergi pasar siang, kami pergi pasar malam sebab ramai review cakap pasar malam jauh lebih murah dari pasar siang.

-Barang sama, tapi harga lagi murah. Kat sini kene pandai tawar menawar ok. Jadi bak kata en husband, bini I sangat lah pakar bab tawar menawar ni sampai memang cair hati penjual tu jual barang-barang kat kami. Nak tahu kedai mane murah, boleh pm sebab ade selfie dengan akak tu. Mutiara dia memang ori plus mutiara air masin. Jangan tanya macam mane tahu mutiara ori ke tak sebab dulu penah kerja part time jual barang-barang mutiara di kedai Cikgu Norli. Thanks cikgu. Ramai yang PM tanya pasal kedai mutiara tu. Sis attached gambar terus ya kat bahagian komen.

KEDAI MAKAN SEAFOOD

-Makan seafood kat area Todak. Sini macam-macam kedai ada, pilih je. Malam 3 dan 4 kami makan di Kedai Nadirasa Delight dengan Gerai Ummi & family. Antara dua kedai ni I pilih kedai Nadirasa Delight. Sedap. Lobster masak butter telur masin memang terbaik! Lobster fresh ok, manis lagi isinya. Kenapa bukan kedai Haji Manja? Sebab ade bace review kedai tu tak sedap mana, better lagi kedai ummie plis kedai haji manja agak mahal ya compare dengan 2 kedai ni even dalam kawasan yang sama. Jadi Nadirasa Delight is our choice di samping makan view menghadap laut dan kapal-kapal.

PULAU SAPI KE MANUKAN KE MAMUTIK

-Harga pakej 3 PULAU ni RM50 seorang. Tambah tax pulau RM5, jadi total RM55 seorang. Beli kat kaunter no 10. Harga termasuk jaket keselamatan dan alat snorkeling. Kami beli sehari awal sebab nak tengok masa perjalanan. Gerak jam 9 pagi pergi pulau Sapi, then pukul 12 tengah hari pergi Pulau Manukan then pukul 2 petang pergi pulau Mamutik. Kami mandi di Pulau Sapi and Manukan, jadi ambil gambar kat pulau Mamutik. Air dia jernih tak payah cerita Subhanallah. Rugi la siapa bajet-bajet ayu tak nak mandi kat pulau-pulau ni. Hasya siap mandi sambil tangkap-tangkap ikan bilis mata biru untuk nendanya!

KOTA KINABALU

-For me, kalau tak bawa baby better tak payah sewa kereta di KK ni. Naik grab je pergi mana-mana sebab grab diorang sangat lah bersepah. Kat sini sangat susah nak cari parking ok. Jadi, sebab kami bawa baby memang prefer sewa kereta lah sebab nak bawak stroller dan banyak lagi. Lagipun memang dah sewa awal-awal lagi jadi kena bawa la. Haha.

-Actually kalau korang boleh manage sendiri, tak payah pakai agen travel pon tak apa tapi kena banyak membaca, tahu book hotel semua, tahu pakai waze dan ada jadual sendiri la ya. Bawah ni kite ade letak gambar itinerary kita tapi ada je tempat-tempat tak pergi sebab rasa takde pape pon. Btw, line Celcom sahaja yang paling ok di Kundasang ya. Telco lain manja-manja sikit nak connect.

-Okay. Sampai sini je kita larat taip. Anything feel free nak tanya, tanya lah saya jawab. Btw, final review, kalau orang tanya mana lagi best antara Cameron Highlands dengan Kundasang, for me Cameron Highlands lagi banyak tempat cantik-cantik. Kundasang ni tempat cantik dia sebab ade view Gunung Kinabalu je gitu plus udara sangat lah segar sebab still banyak hutan-hutan, pokok-pokok tak macam Cameron. Malam kat Kundasang sangat lah krik-krik compare dengan Cameron Highland. So spend masa kat hotel je la waktu malam. Tapi, sejuk kat Kundasang lagi lebih berganda dari Cameron lah. Itu je. Tapi pulau2 kat KK memang terbaik cantik kuasa Allah Allahhuakbar! So setiap tempat ade kelebihan and kekurangan masing-masing same je macam kite ni manusia yang tak pernah sempurna.

Sumber: Solehah Ainul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×