Percutian

Ini Pengalaman Team Sirap Limau Riadah Santai Di Villa 969! Apa Yang Menarik?

434
SHARES

Baru-baru ni, team Sirap Limau berkesempatan untuk bercuti di Villa 969 yang terletak di Port Dickson. Disebabkan nak meriah lagi, kami jemput sekali team syarikat sebumbung iaitu team OHBULAN! untuk sertai percutian kali ini.

Kenapa kami pilih untuk stay di Villa 969? Ini sebabnya…

1. Lokasi yang dekat dan banyak makanan best!

Ha, kalau daripada pejabat admin yang terletak di Petaling Jaya, memang dekat sangatlah Port Dickson ni. Kalau jenis yang bawa kereta perlahan pun, paling lama lebih kurang 60 minit sampai dah.

Bagi anda yang dah biasa dengan kawasan PD, mesti anda tahu kat sana memang banyak makanan yang best. Lagi-lagi area Teluk Kemang. Jadi, dah alang-alang tu boleh pergi food hunting sekali.

2. Fasiliti Villa 969 yang serba lengkap

Nak memasak? Anda disediakan dengan kelengkapan dapur dan juga tempat BBQ. Nak keluarkan peluh? Ada set badminton, ping pong, takraw dan yang paling penting ada kolam renang yang terjaga rapi. Nak tengok TV? Mestilah ada kan.

Permainan indoor seperti pingpong, karom dan catur juga disediakan. Pendek kata, anda takkan kebosanan apabila bercuti di Villa 969.

3. Keluasan Villa 969 yang super awesome!

Bagi anda yang mempunyai keluarga besar ataupun nak beriadah dengan kumpulan yang ramai, jangan risau sebab villa 969 ni memang besar! Mana taknya, villa 969 ni berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur tau! Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam.

 

Jadi, apa tunggu lagi, anda boleh cepat hubungi Villa 969 dengan butiran di bawah. Selamat bercuti!

Lokasi: No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson

No Tel: 013-3999340 / 012-4404969

Instagram : Villa 969 (Lin Salleh)

Facebook: https://www.facebook.com/villa969/

Laman Web: http://www.villa969.com/

Harga: Bermula RM850 / semalam

Booking online boleh dibuat menerusi AirBnb & Agoda

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×