Dapur

Ini 9 Cara Mudah Pilih Buah Durian, Confirm Sedap Berlemak!

61
SHARES
cara pilih durian

Sejak dua menjak ini, mesti ramai orang yang perasan banyak orang menjual durian kan? Bukan sahaja ramai yang menjualnya, ramai juga yang membelinya dan akan berkongsi dalam Instagram story mereka. Durian sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ada juga yang tidak suka kerana baunya. Memang sesuai dengan gelarannya sebagai “King of Fruits”

Kepada penggemar durian memang wajib kena kenal dan tahu akan buah ini. Mana tidaknya, ramai yang selalu ditipu ketika membeli durian. Bila dah bawa balik, sangat mengecewakan. Beli durian sehingga ada yang mencecah RM50 satu biji, tapi hasilnya dapat isi yang tawar, ulas yang sangat sikit, masam dan sebagainya.

Baca juga: Ini Petua Nak Masak Sambal Tumis Sedap Macam Orang Tua

9 CARA NAK PILIH BUAH DURIAN SEDAP BERLEMAK, MANIS DAN GEBU

DurianBB Malaysia – Fresh Durian Delivery

Nak pilih durian pun ada caranya. Nanti tidaklah rugi beli durian yang mahal-mahal. Ini antara caranya:

1. Warna

Tips Memilih Durian yang Tepat

Pertama, abaikan warna buah durian! Warna durian tidak berpengaruh terhadap kelazatan isinya. Ada tiga warna durian yang biasa ditemui, seperti hijau, kuning, dan coklat.

Mungkin korang berpikir bahawa durian berkulit hijau memiliki isi yang belum matang, sedangkan yang warna coklat sudah sangat matang.

Namun percayalah bahawa warna kulit durian tidak mempengaruhi kualitas terhadap isinya. Ada durian berkulit hijau yang memiliki isi buah yang sudah matang dan manis.

2. Pilih durian yang bulat

Keunggulan Durian Medan Dibandingkan Durian Jenis Lain

Pernahkah korang memperhatikan bentuk durian yang banyak dijual sebelum membeli? Jika diperhatikan, tidak semua durian berbentuk bulat malahan ada juga buah durian yang berbentuk lonjong.

Akan tetapi, jika korang ingin memperoleh buah durian isi kuning dengan jumlah yang lebih banyak, maka pilih durian yang bentuknya bulat.

Menurut para pedagang durian, buah yang bentuknya lonjong memiliki isi yang lebih sedikit dibanding buah yang berbentuk bulat.

3. Perhatikan tangkai durian yang dipilih

Pecinta Durian, Cari Tahu Cara Memilih Durian yang Bagus Yuk! - Bro In

Kebanyakan orang memilih buah durian berdasarkan warna, ukuran dan baunya sahaja. Namun sebenarnya untuk mendapatkan kualiti isi yang padat dan banyak, tangkai buat tersebut juga memainkan peranan yang penting.

Durian dengan tangkai yang tebal dan pendek menunjukkan bahawa isi buah tersebut banyak dan juga tebal.

Sementara itu, durian bertangkai ramping dan panjang merupakan petunjuk bahawa buah tersebut memiliki isi yang sedikit dan tidak terlalu tebal.

Jadi, lepas ni kalau nak beli durian jangan lupa intai tangkainya sekali.

4. Cium bau

Hilang daya penciuman bukan hanya akibat Covid-19 - Bagaimana penciuman menentukan kondisi kesehatan? - BBC News Indonesia

Cara ini boleh dikatakan antara cara dan kaedah yang sering dilakukan oleh hamper setiap pembeli. Tidak dinafikan cara itu juga berkesan untuk menentukan kualiti buah durian tersebut seperti logiknya bau yang sedap semestinya akan memberikan hasil buah yang cantik dan manis.

Tapi tidak perlu membelah durian jika ingin mencium bau. Cukup sekadar dengan mengangkat buah tersebut lalu dekatkan ke hidung. Durian dengan kualitas terbaik mampu menghasilkan aroma harum yang sangat khas meskipun belum dibelah kulitnya.

5. Cermati bentuk durinya

Marshalizadotcom

Untuk mendapatkan durian yang paling enak dan matang, korang juga boleh mencermati bentuk durinya. Dari bentuk duri buah korang juga mampu mendapatkan durian yang dengan isi yang manis dan banyak.

Pilih durian yang memiliki duri pendek dan jarang kerana durian dengan duri yang pendek dan jarang memiliki buah yang banyak dengan rasa yang lebih manis.

Sebaliknya, jika korang mendapatkan durian dengan duri panjang dan rapat, berkemungkinan buat tersebut akan menghasilkan isi yang sedikit kurang.

6. Pertimbangkan memilih durian yang ringan

Peniaga durian dikompaun guna alat timbang tamat tempoh

Semakin berat buah durian, mungkin akan semakin banyak isinya. Teori itu juga masih boleh diguna pakai. Tapi risikonya hanya satu! Jika korang membeli durian timbang dan korang memilih durian yang berat, pastinya harganya juga ‘berat’ bukan?

Malangnya jika korang tersalah membuat pilihan dan durian berat yang dibeli rosak sepenuhnya. Maka benarlah kata pepatah “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”. Haha!

Seeloknya, cara memilih durian yang tepat adalah memilih buah yang ringan kerana semakin berat buah durian itu menunjukkan bahawa biji buahnya juga sangat besar.

Semakin besar biji buahnya, tentu saja isi buahnya juga menjadi lebih tipis. Jadi, jika ingin mendapatkan durian dengan isi yang banyak, carilah buah durian yang paling ringan.

7. Ketuk-ketuk buah durian

Why Nonthaburi Durians Are Some of the Most Expensive on the Market

Ciri-ciri durian matang boleh diketahui ketika korang mengetuk buah durian tersebut. Mintalah penjual untuk mengetuk buah dengan pisau. Ketika buah diketuk, perhatikan dengan cermat bunyi yang dihasilkan

Durian yang belum matang akan berbunyi nyaring, seperti “plek-plek” jika diketuk. Akan tetapi, jika durian yang sudah matang maka bunyinya akan terdengar sedikit berat dan teredam, seperti “bluk-bluk”.

8. Jangan membeli durian yang sudah merekah atau terbuka

POTENSI & HALA TUJU INDUSTRI DURIAN MALAYSIA - PDF Free Download

Banyak orang yang tidak memperhatikan cara memilih durian yang betul dan cenderung membeli durian yang sudah terbuka kulitnya. Mereka berpikir bahawa membeli durian yang sudah terbuka agar dapat melihat warna isinya.

Mungkin korang akan mendapatkan durian berwarna kuning jika membeli buah yang kulitnya sudah terbuka, tetapi percayalah bahawa rasa buah tersebut tidak semanis durian yang kulitnya masih tertutup rapat.

Ketika kulit durian sudah terbuka, maka buah di dalamnya akan terkena angin terus menerus. Hal ini dapat menyebabkan rasa buah durian menjadi hambar. Sebaiknya, pertimbangkan untuk membeli durian yang masih tertutup rapat.

9. Beli durian ketika musim

Musim durian tarikan di Balik Pulau

Tip ni paling berguna jika korang membeli buah di pasar raya kerana logiknya, jika tengah musim durian, pastinya buah yang dijual itu lebih segar berbanding buah yang dijual bukan pada musimnya.

Mana tidaknya, kita pun tak tahu berapa lama buah itu dikutip dan ia berasal dari mana dan mungkin juga ia telah menjalani beberapa proses sampingan lain untuk ia kekal tahan lama sebelum dijual. Betl tak? Jadi lepas ni sebelum beli bolehlah guna pakai tip-tip seperti di atas.

Sumber: SinarPlus+

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×