Famili

Inginkan Hadiah Yang Unik Untuk Ibu Bapa Dan Guru? Jom Ke S&J Gift Store Sekarang!

6.9K
SHARES

Bulan Mei dan Jun ni memang bulan yang penuh dengan sambutan hari-hari penting dalam negara kita.  Hari Ibu adalah pada 14 Mei dan Hari Guru pada 16 Mei, manakala Hari Bapa pula jatuh pada 18 Jun.

Mesti anda semua dah mula pening memikirkan apa hadiah yang anda nak bagi pada insan teristimewa yang menyambut ketiga-tiga sambutan tu kan?

Haa..anda janganlah pening sebab S&J kan ada! Dekat S&J Gift Store ni boleh dikatakan semua benda yang anda perlukan ada disini.

Dah lah semua barang yang dijual tu unik dan berbeza, ada pelbagai konsep barangan ekslusif mengikut musim-musim tertentu dan sambutan istimewa pula tu. Contohnya macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, dan bermacam lagi. Jom tengok apa yang S&J jual..

sl

IBU, SUPERHERO SAYA!

Kalau Hari Ibu, hadiah yang selalu orang bagi mesti bunga, coklat, bawa pergi candle light dinner. Cliché sangatlah semua tu. Apa kata tahun ni korang tunjukkan kelainan dengan bagi hadiah yang tak sama dengan semua orang.

Dekat S&J ni, pilihan hadiah untuk Hari Ibu sangatlah banyak dan rare! Tapi still ada sentimental value tu. Jom kita tengok apa yang S&J ada untuk hadiah Hari Ibu.

screen-shot-2017-05-05-at-12-00-27-pm

Comel kan apron Wonderwoman tu! Memang melambangkan sangat ibu anda yang kuat seperti superhero. Hehe! Selain itu, anda juga boleh menghadiahkan toiletry set, wood frame, travel notebook, fragrance oil dan banyak lagi dengan harga yang sangatlah berpatutan.

Mesti ibu anda suka!

mom-muglifesign

mom-tumblurlifesign

Cute sangat mug dan tumbler ni kan. Siap ada lifesign frame lagi. Harga pulak sangat berbaloi-baloi. Lepas tu, anda dah tak payah nak pening-pening untuk balut atau bungkuskan hadiah untuk ibu tersayang, sebab S&J dah siapkan kotak yang cantik lengkap dengan reben sekali.

Haa..sambil-sambil ibu anda minum kopi guna mug atau tumbler ni, mesti dia akan ingat kat anda kan. How sweet!

CIKGULAH IDOLA SAYA!

screen-shot-2017-05-05-at-12-03-24-pm

screen-shot-2017-05-03-at-1-19-09-pm

teacher-tumblurlifesign

teacher-muglifesign

Kepada parents yang ada anak yang masih bersekolah tu, mesti kadang-kadang buntu nak beli hadiah untuk guru anak anda kan. Takkanlah tiap-tiap tahun nak ulang hadiah yang sama kan.

Jangan risau..apa kata anda beli hadiah dari koleksi Hari Guru S&J ni. Mesti anak korang bangga sebab hadiah yang mereka berikan berlainan daripada kawan-kawan mereka.

Kesemua hadiah Hari Guru koleksi S&J ni memang unik dan sangat berguna untuk guru-guru gunakan. Ada buku nota, scheduled mug, folder tools holder, pen dan macam-macam lagi. Senang cerita, kesemua barang ni memang diperlukan untuk memudahkan kerja seorang guru.

AYAH PALING COOL DALAM DUNIA!

Nak cari hadiah untuk bapa ni boleh kata agak sukar sebab hadiah untuk kaum lelaki ni selalunya tidak banyak pilihan.

Tapi anda jangan risau..sebab dekat S&J, memang mereka ada keluarkan koleksi hadiah untuk Hari Bapa. Hadiahnya pula semuanya lain dari yang lain. Jom tengok koleksi hadiah Hari Bapa dari S&J!

certificate

dad-trophylifesign

Kalau anda malu nak luahkan atau wish “Selamat Hari Bapa” dekat bapa anda, anda hadiahkan saja certificate frame dan trophy Hari Bapa ni dekat bapa anda. Sweet dan bermakna sangat kan hadiah ni. Mesti bapa anda bangga dan terharu apabila anak mereka anugerahkan mereka “The World Greatest Father”. So sweet..

dad-muglifesign

dearest-package

Selalu ayah kita kan suka duduk di balkoni petang-petang dan minum teh atau kopi. Haa..apa kata anda hadiahkan mug yang comel ni untuk ayah anda. Siap ada tulisan yang cool lagi atas mug ni.

Seperti biasa, S&J memang sebuah gift store yang suka memudahkan pelanggannya, sebab itu, setiap hadiah akan datang dengan kotak dan bungkusan yang sangat cantik. Anda hanya perlu pilih, beli dan berikan pada yang tersayang sahaja!

Apa lagi tunggu, cepat serbu S&J sempena Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Bapa ni okay!

Untuk maklumat lanjut tentang S&J dan lokasinya, anda boleh layari laman Facebook S&J.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×