Percutian

4 Hotel Waqaf Patuh Syariah Di Malaysia, Harga Berpatutan & Confirm Ada Sijil Halal

1K
SHARES

Tahukah anda apa itu wakaf atau waqaf?

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

Wakaf adalah satu bentuk transaksi harta yang dapat memberi faedah dan manfaat bukan saja kepada diri pewakaf, malah penerimanya, masyarakat Islam keseluruhan dan pihak pemerintah sendiri turut mendapat kebaikannya.

Dalam hubungan ini, pewakaf memperoleh pahala ‘sedekah jariah’, penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan selain ia meringankan bebanan kewangan kerajaan dalam menyediakan bantuan serta kemudahan untuk masyarakat

Di Malaysia, terdapat pelbagai badan yang bertanggungjawab menguruskan harta wakaf dan salah satunya ialah Yayasan Waqaf Malaysia.

Di bawah pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia ini, terdapat 4 buah hotel waqaf yang menarik untuk anda berkunjung seisi keluarga.

Malah, Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga telah mencadangkan 4 hotel waqaf di Malaysia ini sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia untuk menginap kerana harganya yang berpatutan, kondusif dan pastinya patuh syariah.

Saya ingin cadangkan 4 hotel waqaf di Malaysia sebagai pilihan anda untuk menginap. Harga yang berpatutan, kondusif dan…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Tuesday, October 20, 2020

Jom kita tengok keempat-empat hotel waqaf di Malaysia tersebut.

4 Hotel Wakaf Di Malaysia Patuh Syariah, Harga Berpatutan & Selesa. Confirm Ada Sijil Halal!

Hotel waqaf di malaysiaSaya ingin

1. HOTEL THE REGENCY SERI WARISAN, TAIPING

Ia diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan bertaraf 3 bintang.

Hotel ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang menjadi hak milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Hotel ini terletak tengah-tengah Bandar Taiping dan berhadapan dengan masjid. Lokasinya yang strategik memudahkan anda untuk bersiar-siar di sekitar bandar.

Menurut review pengunjung, ramai yang sukakan biliknya yang luas, makanan yang sedap dan harganya yang murah. Berbaloi!

Harga: Bermula RM130/malam (di laman web rasmi Hotel The Regency Seri Warisan Taiping)

Laman web: https://www.theregency.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/RegencyHotelSeriWarisan

hotel patuh syariah malaysia

2. HOTEL PANTAI PUTERI, TANJUNG KLING

Bagi yang suka nak cari makanan viral di Melaka, bolehlah berkunjung ke Hotel Pantai Puteri yang terletak di Tanjung Kling ini.

Dahlah dekat dengan pantai, dekat pulak dengan lokasi pelancongan dan banyak tempat makanan sedap dan best.

Menariknya, hotel ini juga ada menyediakan kolam renang untuk pengunjung tau!

Hotel ini diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan bertaraf 3 bintang.

Hotel ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yg menjadi hak milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Harga: Bermula RM111.30/malam (di laman web rasmi Hotel Pantai Puteri)

Laman web: http://www.pantaiputerihotel.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Pantai-Puteri-Hotel-Melaka

hotel pantai puteri melaka

3. HOTEL GRAND PUTERI, KUALA TERENGGANU

Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu ini diuruskan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan bertaraf 3 bintang.

Ia dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yg menjadi hak milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Terletak berdekatan dengan Istana Maziah, anda juga boleh berjalan kaki ke Pasar Payang, Kampung Cina dan Masjid Putih / Masjid Abidin (Masjid Negeri Terengganu).

Kolam renang pun ada (ia baru siap dibina) untuk menambahkan lagi keselesaan pengunjung. Kolam renangnya dipisahkan lelaki dan perempuan. Jadi, tak segan nak berenang kalau ada yang berlainan jantina.

Memang seronok sangatlah kalau bawa anak-anak kan?

Harga: Bermula RM110 (di Agoda.com)

Facebook: https://www.facebook.com/grandputerihotel/

hotel grand puteri terengganu

Foto kredit: tripadvisor.com

hotel grand puteri terengganu

Foto kredit: priceline.comhotel grand puteri terengganu

Foto Kredit: traveloka.com

4. KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Hotel Klana Beach Resort ini dibangunkan dengan peruntukan oleh JAWHAR di atas tanah wakaf yang menjadi hak milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Ia juga diuruskan sepenuhnya oleh MAINS.

Terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Kemang, ramai  pengunjung yang jatuh hati dengan pemandangan indah yang dapat dilihat dari bilik masing-masing.

Di hotel ini juga disediakan swimming pool patuh syariah yang mengasingkan kolam lelaki dan wanita untuk keselesaan pengunjung Muslim.

Lagi satu yang menarik, di Klana Beach Resort ini juga terletaknya Kompleks Baitul Hilal, iaitu Balai Cerap atau Planetarium yang dilengkapi dengan teleskop bersaiz 24 inci dan berkemampuan membuat cerapan sehingga 0 darjah bagi tujuan cerapan hilal ataupun anak bulan.

Kemasukan adalah percuma untuk pengunjung hotel. Wah, jarang-jarang dapat pengalaman begini kan?

Harga: Bermula RM158 (di laman web rasmi Klana Beach Resort)

Laman webhttps://www.klanabeachresortpd.com.my/

Facebookhttps://www.facebook.com/klanabeachresortpd

[Baca juga: 12 Tempat Menarik Di Port Dickson 2020 Mesti Pergi. Bukan Pantai Je, Macam-macam Ada!]

Hotel Patuh Syariah, Tak Perlu Risau Ada Sijil Halal

Itulah 4 buah hotel wakaf yang mengetengahkan konsep patuh syariah dan amat sesuai untuk dikunjungi oleh pengunjung Muslim, bahkan sesiapa sahaja.

Di sini kita tak perlu lagi risaukan makanan halal. Malah, hotel ini juga ada menyediakan sejadah dan ada juga yang turut menyediakan telekung.

Yang penting, harganya sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

Jadi, jomlah kita sama-sama support hotel patuh syariah ini dan letakkan ia dalam wishlist hotel untuk dikunjungi bersama keluarga nanti.

[Baca juga : Pengalaman Bersalin Di Hospital Patuh Syariah Dengan Layanan ‘Tip Top’!]

NOTA:

Elakkan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

Amalkan 3 W, iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×