Bersalin

“Dapat Macam-Macam Barang Free”- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menarik Isteri Bersalin Di UK

241
SHARES

Proses bersalin yang lancar dan selesa adalah perkara yang diidami oleh semua bakal ibu dan bapa. Seperti yang kita tahu, servis perubatan yang diberikan oleh hospital di negara kita berada di antara yang terbaik di dunia, khususnya bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Namun begitu, ada juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang dapat merasai pengalaman bersalin di hospital luar negara. Berikut merupakan antara pengalaman yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom dimana keluarganya mendapat khidmat hospital setaraf 5 bintang!

Pengalaman bersalin di UK

Sebulan sebelum due..Wakil social health datang ke rumah check barang-barang apa yang dah beli untuk preparation sambut bayi lahir. Seperti baby car seat, baby cot, pakaian baby & lain-lain. Kalau tak beli lagi, seminggu lepas tu dia mari check pulak tanya khabar… kalau tak beli juga, tindakan undang-undang akan dikenakan… kalau tak ada duit nak beli lagi, inform je pada mereka.. nanti mereka akan berikan peruntukan kewangan untuk dapatkan barang-barang baby. Yang penting semua kelengkapan bayi tu cukup sebelum dilahirkan.

Tapi, Alhamdulillah saya beli belaka dah… walaupun sepanjang tempoh kehamilan bini saya macam-macam barang baby dapat secara percuma.. Lepas tu dia tanya lagi, apa persediaan kita untuk sambut bayi ni, persediaan suami mu mcm mana.. adakah suami mu membantu atau beri tekanan ke mu utk sambut bayi ni… Dia check kebersihan rumah, dalam bilik, kitchen semua dia masuk check.. termasuk binatang peliharaan pun dia tanya dan catit.

Kalau suami tak membantu dan lihat muka isteri monyok unhappy & stress dia akan catat dalam note, jika berlaku apa-apa pada isteri, suami kena tindakan undang-undang pulok.. aduh jeng jadi suami di uk ni. Dia tanya lagi, nak bersalin di hospital, rumah @ birth center.. kalau di hospital boleh bersalin dalam air, atas katil atau nak czer, tapi dia tak galakkan czer walaupun ada pendarahan berlaku.. mereka lebih kepada beranak normal @ natural birth.

Labour room Manchester University Hospital.

Ibu boleh buat pilihan asalkan ibu happy dan tak stress. Undang-undang sini tak paksa ibu nak bersalin di rumah, asalkan ibu selesa dan kena inform pihak midwife supaya pihak hospital boleh turun membantu. Yang penting ibu happy sokmo. Kalau zaman anak kedua saya di malaysia dulu, bini saya bleeding sikit jah..terus kena czer.. kena ugut macam-macam kalau tak czer, mungkin anak awak atau isteri awak risiko mati. Aduh.. terus tekanan saya.. ikutlah doktor asalkan dua-dua selamat belaka… ni cerita anak kedua lahir di malaysia lah…

Sepanjang kehamilan dan bersalin wife saya sini, semuanya midwife dan doktor perempuan sahaja, doktor-doktor pelatih tak  dibenarkan ada bersama ketika nak bersalin. Kalau ada pun, dia akan mintak permission dengan tuan empunya badan dulu.. kalau tak nak.. doktor-doktor pelatih tu tak boleh ada sekali..semua urusan bersalin hanya midwife yang berpengalaman sahaja.

Delivery unit.

Midwife sentiasa akan menemani ibu yang bersalin, memberi katakata semangat sehingga baby selamat dilahirkan. Jika rasa nak menjerit, jeritlah sekuat hati pun takpa, midwife tak marah..malah dia galakkan buat gitu..

Kisah selepas bersalin pulak…

Kalau tak ada benda ni, baby tak boleh discharge… — at Manchester University Hospitals.

Alhamdulillah lepas bersalin normal, sikit pun tak kena gunting atau potong untuk bukaan tu lebih cepat… midwife akan pantau sahaja dan memberi cadangan duduk atas bola besar agar bukaan lebih cepat dan selamat. Labour room pun cukup-cukup selesa dilengkapi tv, katil dan tempat mandi. Boleh makan dan minum, terpulang pada si ibu nak buat apa sementara menunggu bukaan bersalin. Saya pun boleh teman sebab sorang ibu satu bilik khusus untuk bersalin..

Bab inject vaccine pada bayi pun dia tak paksa sebab hak masing-masing (Human Right). Hospital tak paksa dan menghormati parent beragama islam yang sensitif dengan kandungan khinzir dalam vaccine….sangat-sangat  menghormati. Begitu juga family planner, nurse tak boleh nak membebel-bebel anak kecik lagi dah nak beranak. Sini terpulang, selagi boleh beranak, beranaklah ramai-ramai. Kerajaan sedia membantu sepenuhnya tanpa mengira bangsa , kaum @ agama…sangat-sangat positif.

Boleh refer website NHS UK https://www.nhs.uk/conditions/vaccinations/parents-questions-about-childhood-vaccinations/, as a parents we can refuse any of our child’s recommended vaccinations. they will be asked for our consent before each vaccination, if refuses, they will record in our child’s medical notes. Gov UK lebih telus dan bersikap terbuka… tidak perlu nak menghina orang yang tak sehaluan dengan pendapat mereka.

Lepas bawa balik baby, esok harinya jugak social health akan datang check baby dan tanya kesihatan ibu… bab baby ni dia check habis semua sekali… dia akan pastikan baby ni tak ada apa-apa kecederaan/penderaan.. kalau ada automatik pihak polis akan mari rampas baby kita sebab tak pandai jaga.

Baby tak boleh tidur sekatil dengan parents, kena tidur atas katil khusus untuk dia sendiri, tak boleh tidur sekatil dengan mak ayah sebab ianya menyalahi undang-undang di sini. Alhamdulillah boleh baby boy boleh sunat terus lepas sebulan dua.. kalau baby girl jangan cari pasal, nanti baby girl tu kena rampas terus dengan social workers dan parents akan didakwa dan dipenjara…

Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa dikenakan bayaran satu sen pun, malah dapat free lagi barang-barang baby oleh pihak hospital.

Sumber : Abdul Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×