Hebahan

Hari Terbuka CUCMS: Jom Semua Peminat STEM Sertai Kami

1
SHARES

Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), akan mengadakan hari terbuka di Kampus Cyberjaya dari 23 sehingga 24 Julai. Objektif Hari Terbuka ini adalah untuk mendedahkan pelajar yang berpotensi dengan kursus yang kami tawarkan bagi membantu mereka menetapkan masa hadapan mereka.

Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berkata, “Ada keperluan untuk kami memastikan generasi baru kanak-kanak yang minat kepada pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) supaya mereka memilih STEM sebagai kerjaya mereka”.

Ini sejajar dengan visi Malaysia mengenai pendidikan STEM – bagi membentuk teras teknologi bagi masyarakat yang maju. Nisbah semasa 20:80 bagi Sains dan Pendidikan Seni adalah sangat rendah berbanding sasaran nisbah 60:40. Nisbah ini sangat rendah berbanding dengan kedudukan global yang menghalang sesebuah negara dari mencapai tahap Negara maju.[1]

Beberapa aktiviti turut dijalankan seperti kaunseling peribadi, nasihat berkenaan bantuan kewangan, lawatan kampus, ceramah kerjaya dan sebagainya. Kami menawarkan lebih daripada 20 program dari ijazah ke kursus penyelidikan pasca-ijazah di dalam bidang seperti perubatan, farmasi, psikologi, homeopati, fisioterapi, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, teknologi kejuruteraan biomedik, sains paramedic dan banyak lagi.

Di samping itu, siri jelajah turut di adakan di tempat lain seperti di bawah:

No. Tempat Tarikh
1. The Regency Hotel Alor Setar

Lot 134-141, Jalan Sultan Badlishah,05000, Alor Setar, Kedah Darul Aman

23rd July 2016
2. Pearl View Hotel

Jalan Baru, Seberang Perai, 13700 Butterworth Penang

3. Crystal Crown Hotel Johor Bahru

117 Jalan Tebrau, 80250 Johor Bahru, Johor

4. Holiday Inn Melaka

Jalan Syed Ab. Aziz, 75000 Malaka,

30th July 2016
5. Kinta Riverfront Hotel & Suites

Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak

6. M.S. Garden Hotel

Jalan Beserah, Kuantan, Pahang

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web cybermed.edu.my/openday atau emel ke [email protected].

[1] Chew Cheng Meng, Journal of Mathematics Education: Secondary School Assessment Practices in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Related Subjects. (Universiti Sains Malaysia, 2013), 59.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×